ABIM Negeri

Published in ABIM Negeri

Siri Jelajah Kesedaran Isu Ekonomi Rakyat Bersama Dr Muhammed Abd Khalid Dapat Sambutan Di Perak Featured

Apr 21, 2018 Hit: 207 Written by 
Siri Jelajah Kesedaran Isu Ekonomi Rakyat Bersama Dr Muhammed Abd Khalid Dapat Sambutan Di Perak

20hb April 2018 (Jumaat): Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) meneruskan Siri Jelajah Kesedaran Isu Ekonomi Rakyat bersama Dr Muhammed Abdul Khalid, untuk edisi Utara pada malam ini. Menampilkan Sdr. Khairul Anuar Musa (Ketua Biro Undang-undang ABIM Perak) selaku moderator, “Forum Ekonomi Rakyat, Tertekan Atau Terbela?” telah dianjurkan di Sekretariat ABIM Perak (Taman Meru Perdana 2, Ipoh). Turut hadir, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz serta pimpinan ABIM Pusat dan ABIM Perak. Terdahulu, forum seumpamanya telah dilangsungkan di Kompleks Al-Hikmah (Sekolah ABIM), Alor Setar dan juga Menara Zakat, Alor Setar, Kedah. Para hadirin juga berpeluang mendengar perkongsian ilmu dan soal jawab berkenaan ekonomi daripada Dr Muhammed Abdul Khalid, yang juga merupakan Pengarah Urusan dan Ahli Ekonomi kepada DM Analytics. Beliau juga merupakan bekas Pengarah Penyelidikan Khazanah Research Institute.

Last modified on Saturday, 21 April 2018 04:53
Read 207 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Mahasiswa dan Kepedulian
9hb Ogos 2018 (Khamis): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim telah ...
“Developing A Whole of
1hb Ogos 2018 (Rabu): Alhamdulillah, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM telah ...
Apa Hujah Bangsa Melayu
Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu bahawa orang Hindu yang ...
Pinda Kurikulum UEC
*Kenyataan media ABIM diterbitkan pada 9 Julai 2018 Sijil Peperiksaan Bersatu, atau Unified ...
Lindungi Kanak-Kanak
10hb Julai 2018 (Selasa): Alhamdulillah, hari ini HELWA ABIM tampil dalam Sesi Meja Bulat NGO ...
Pemikiran HAMKA : Fiqh
28hb April 2018 (Sabtu): Alhamdulillah, telah dianjurkan Seminar Pemikiran HAMKA: Fiqh Ta’ayush ...
Perlantikan Peguam
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka ...
Jabatan Kemajuan Islam
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik kenyataan Kerajaan untuk menubuhkan kumpulan ...