ABIM Negeri

Published in ABIM Negeri

Majlis Ilmu Berkuasa Tinggi WAP Negeri Sembilan Dapat Sambutan Featured

Sep 24, 2018 Hit: 175 Written by 
Majlis Ilmu Berkuasa Tinggi WAP Negeri Sembilan Dapat Sambutan

23 September 2018, Seremban:- Alhamdulillah, bersempena Ijtimak Harakiy WAP Negeri Sembilan ke-7, WADAH-ABIM-Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) , Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan dan Negeri.fm telah bersama-sama menjayakan Seminar Fiqh Kenegaraan (Fiqh Al-Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu. Menampilkan panelis:

1. Prof Madya Dr. Zulkifli Hasan (YDP ABIM Negeri sembilan dan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM)

2. Dr. Hasan Baharom (Ahli Parlimen Tampin)

3. Ustaz Fauwaz Fadzil Noor (Tokoh Ilmuan Muda)

Moderator: Tn. Haji Nazri Kahar (Astro Awani)

Ucaptama: YB Datuk Dr Mujahid Yusuf (Menteri JPM)

Ucapan perasmian YAB YB Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan) Majlis Ilmu Berkuasa Tinggi ini membicarakan topik yang sangat penting kepada masyarakat. Dalam konteks negara bangsa dunia moden bersistemkan demokrasi hari ini, wacana segar mengenai fiqh kewarganegaraan wajar diangkat dan didiskusikan secara menyeluruh.

Dengan memahami teks dan konteks serta menghayati dinamika fiqh al-muwatanah, Malaysia sebenarnya berupaya untuk menjadi model negara yang boleh dicontohi oleh negara lain di dunia. Malahan, dengan pencapaian politik terbaru melibatkan perubahan pemerintah secara aman menerusi tahaluf siyasi yang dinamik, Malaysia sepatutnya sudah bersedia untuk mengeksport dan mengongsikan formula ini dan tidak lagi selalu bergantung dengan sumber rujukan dan pengalaman negara luar.

Walaupun diakui wujudnya realiti kontekstual yang berbeza, mungkin tidak keterlaluan dikatakan bahawa sudah sampai masanya dunia Arab dan lain-lain juga bersedia dan mula mempelajari 'fiqh siyasah manhaj Malaysia'. Semoga semua peserta seminar kali ini mendapat ilmu yang bermanfaat serta dipermudahkan urusan dunia dan akhirat dalam menyebarkan risalah dakwah Rasulullah ini.

Last modified on Monday, 24 September 2018 03:36
Read 175 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Surah Al-Muzammil :
  Motivasi Di Balik Seruan Ayat 1 Sehingga 5 Surah Al-Muzammil. اللهم صلى على سيدنا محمد و ...
Tunas Dermaga Didik
Alhamdulillah, pada 9hb November 2018, para jurulatih program Tunas Dermaga (Diriku Permata ...
[Video] Hak LGBT, Antara
Lee Ta'arafu : HAK LGBT, ANTARA MIMPI DAN REALITI Panelis: Mohd Khairul Anwar Ismail Peguam Bela ...
Sokongan Masyarakat
Naib Presiden Helwa, Puan Nur Azura Komarudin Sohami, telah mengisi slot Mental Sihat, Emosi Kuat ...
Tahniah Ahmad Farid
3hb November 2018, Sandakan - Alhamdulillah, Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri Sabah, Sdr. Ahmad ...
GPM Lancar Misi
Rakyat Malaysia diseru beri sumbangan kepada Yaman SHAH ALAM: Kementerian Luar Negeri menyeru ...
Falsafah Pendidikan
21hb Oktober 2018 (Ahad): Alhamdulillah, ABIM yang diwakili Naib Presiden, Sdr. Radin Muhd ...
Bengkel Psychological
28hb Oktober 2018: Alhamdulillah, bagi menyediakan kemahiran kepada pada aktivis ABIM, Biro ...