Print this page

ABIM Negeri

Published in ABIM Negeri

Bengkel Menulis Esei Bahasa Sempena Menjelang SPM Featured

Nov 05, 2018 Hit: 551 Written by 
Bengkel Menulis Esei Bahasa Sempena Menjelang SPM

3 November 2018 Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, Kuantan ABIM Pahang mengambil langkah proaktif untuk membantu pelajar-pelajar Tingkatan 5 membuat persediaan akhir sebelum menduduki Peperiksaan SPM yang akan bermula tidak lama lagi.

Program 'SPM English Essay Writing Workshop' yang dianjurkan telah mendapat sambutan menggalakkan daripada calon-calon SPM 2018 yang tinggal di sekitar Indera Mahkota, Kuantan.

Seramai 75 orang peserta dari beberapa sekolah telah hadir dan mengikuti bengkel hingga tamat.

Bengkel telah dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Roszalina binti Abdul Rahim, pensyarah Bahasa Inggeris dari Jabatan Bahasa, Fakulti Pengajian Bahasa dan Asasi, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).

Dalam bengkel tersebut, peserta telah didedahkan dengan Part B - Sample Questions, Useful Idioms, Directed Writing dan SPM Narrative Essay.

Peserta juga melakukan beberapa latihan penulisan yang diberikan bagi meningkatkan lagi kemahiran mereka menulis esei selain mendengar ceramah dan perkongsian pengalaman penceramah dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Peserta yang hadir telah mendapat manafaat daripada program ini. Semoga peserta program akan dapat menggunakan ilmu yang diterima dalam program ini semasa menduduki Peperiksaan SPM nanti. Sebahagian mereka juga telah memohon untuk menjadi ahli baru ABIM Pahang dan akan menyertai program-program yang akan dianjurkan pada masa-masa akan datang.

Read 551 times
Rate this item
(0 votes)

Latest from editor-media