ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Penerangan Cakna Syria Diteruskan DI Jitra, Kedah Featured

Jan 10, 2017 Hit: 166 Written by 
Penerangan Cakna Syria Diteruskan DI Jitra, Kedah

7hb Januari 2017 (Sabtu): Alhamdulillah, semalam Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim serta Exco ABIM Pusat, Saudara Zairudin Hashim (Che Din) telah membuat pengisian dalam Ceramah Kemanusiaan Syria, di Masjid Sharifah Fatimah, Batu 13 1/2, Jitra, Kedah.

Mengangkat tajuk "Syria: Air Mata dan Perjuangan"; Saudara Zairudin menyingkap sejarah hebat bumi Syam, yang didoakan keberkatannya, dalam Al-Quran dan Hadith. Beliau turut menyeru kepada masyarakat untuk menyumbang kepada rakyat dan pelarian Syria menerusi NGO Malaysian Life Line for Syria, sebuah agensi kemanusiaan ABIM.

Saudara Raimi pula memfokus kepada situasi terkini di Syria, yang meskipun sedang berlaku gencatan senjata, berada dalam keadaan yang meruncing dan bergolak. Beliau menegaskan bahawa semua Umat Islam mesti mesti membantu Syria menerusi dalam bentuk kewangan. Hal ini penting, bagi membolehkan bantuan kemanusiaan seperti kit musim sejuk, makanan, air bersih, perubatan serta dana persekolahan dapat disalurkan buat saudara Syria kita. Malaysian Life Line for Syria turut mempunyai sekolah pelarian Syria, Jasmine Ash Sham Education Centre, yang beroperasi di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Last modified on Tuesday, 10 January 2017 10:40
Read 166 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Dukacita Isu
Isu Kelulusan Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Timbalan Perdana ...
Syarat Lulus Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Kementerian ...
Memberdaya Manusia
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...
Qatar-Gulf Crisis: Can
By: Ahmad Shahir Abdul Aziz 1) Some may choose to see Qatar as an impediment of Gulf states' ...

ABIM Negeri