ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Membugar Al-Fikr al Maqasidiy, Mencorak Nahdah Baru Kebangkitan Islam Featured

Mar 03, 2017 Hit: 160 Written by 
Membugar Al-Fikr al Maqasidiy, Mencorak Nahdah Baru Kebangkitan Islam

Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Antara premis penting utama yang mendasari paksi utama Gelombang Nahdah Islam Jilid II (pada masa kini dan akan datang) ialah bingkai pemikiran dan metodologi berinteraksi dengan nass dan reality serta hubungannya dengan al waqi’, antara al asolah dan al mu’asarah, atau dalam ungkapan Tariq Ramadan, antara teks dan konteks.

Dalam kaitan inilah gagasan transformasi pendewasaan kebangkitan Islam oleh Syekh Yusuf Qaradhawi yang dituangkan dalam karya pentingnya as Sahwat al Islamiyyah min al murahaqat ila ar-Rushd amat bermanfaat untuk dijadikan panduan. Yang terpenting dari urutan al-Khutut al ‘Asharah li Tarshid as-Sahwah - sepuluh garis besar fasa pendewasaan yang dirumuskan beliau ialah anjakan dari ‘simbol dan bentuk kepada hakikat dan intisari’ min al Shakl wa al mazahir ila al Haqiqah wa al jawahir.

Melatari proses anjakan pola fikir baru Nahdah ialah fenomena al sahwah al maqasidiyyah - perkembangan fenomenal dalam pemikiran Islam masa kini iaitu minat dan keghairahan mewacanakan isu maqasid al shari’ah. Telah bangkit satu kesedaran baharu yang dipelopori oleh para ilmuwan maqasidiyyun kontemporari tentang peri pentingnya maqasid al – syari’ah, iaitu tujuan-tujuan Syari’ah dan rahsia-rahsia yang diletakkan Allah pada setiap hukumnya, sepertimana yang ditakrifkan oleh Állal al Fasi.

Tujuan terutama Syariah menurut Muhammad Tahir Ibn Áshur dalam karyanya Maqasid al Shariah al Islamiyyah ialah mendatangkan kebaikan untuk para hamba di dunia dan di akhirat (Jalbu al-masalih) dan menggelakkan keburukan dari mereka di dunia dan di akhirat. (Dar'u al-mafasid).

“Shari’ah aims at the acquisition of what is good and beneficial (jalb al masalih) and the rejection of what is evil and harmful (dar’u al-mafasid). We can consider this as a fundamental universal rule of the Shari’ah. Thus, it is firmly established that the all-purpose principle of the Shari’ah is to achieve righteousness and goodness (salah) in the world and remove corruption from it. This can happen only by setting humankind’s affairs to rights and removing the corruption that it produces” – Treatise of Maqasid (page 94)

Parameter (dhawabit) dan ruang lingkup Maqasid kita fahami berfungsi sebagai satu framework dan wasilah (instrumen) untuk penggubalan dasar, pemangkin kebangkitan peradaban Islam, projek pembangunan dan hak asasi manusia, elemen pemerataan nilai-etika sejagat dan jambatan penghubung antara pelbagai mazhab, agama dan tamadun. Maqasid Syaria’ah yang terangkum dalam al-Kulliyatul Khams beserta tambahan-tambahan lainnya ulama’ kontemporer. 

Maka dengan kefahaman terhadap keterikatan Syariah dan maqasidnya, penegakan Syari’ah yang kita perjuangkan secara komprehensif dalam fasa Nahdah Islam bukan cuma aspek ‘bentuk’ pelaksanaan hukumnya semata, tetapi termasuklah ‘hakikat dan intisarinya’ iaitu yang pertama - al Qiyam (nilai/values) dan yang kedua Maqasid yakni objektifnya.

Last modified on Friday, 03 March 2017 05:06
Read 160 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Kemenangan Bantah TPPA
16 Mac 2017, Mahkamah Persekutuan Putrajaya:- Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim mendedikasikan ...
ABIM Reiterates Call To
14th of November 2016 Muslim Youth Movement Malaysia (ABIM) refers to the case of Rafizi Ramli who ...
ABIM Vehemently Condemns
16 July 2016:- The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) would like to express our deep concern ...
Kenaikan Harga Minyak
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada pengumuman kenaikan harga minyak untuk ...
Isu Pembentangan RUU 355
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian ...

ABIM Negeri

Kemenangan Bantah TPPA
16 Mac 2017, Mahkamah Persekutuan Putrajaya:- Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim mendedikasikan ...
ABIM Reiterates Call To
14th of November 2016 Muslim Youth Movement Malaysia (ABIM) refers to the case of Rafizi Ramli who ...
ABIM Vehemently Condemns
16 July 2016:- The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) would like to express our deep concern ...
Kenaikan Harga Minyak
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada pengumuman kenaikan harga minyak untuk ...
Isu Pembentangan RUU 355
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian ...