ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Wanita: Permaisuri Dunia, Bidadari Syurga Featured

Mar 08, 2017 Hit: 300 Written by 
Wanita: Permaisuri Dunia, Bidadari Syurga

Menjadi wanita pada hari ini adalah lebih bertuah berbanding wanita pada zaman jahiliyah. Pada zaman sebelum islam, wanita hanya dianggap sebagai makhluk rendah yang hanya berperanan untuk menjaga keturunan dan mengatur rumahtangga sahaja. Apabila wanita melahirkan anak yang buruk, maka mereka akan dibunuh. Manakala wanita yang subur akan dipinjamkan kepada lelaki untuk melahirkan anak.

Sungguh rendah martabat wanita ketika itu. Wanita menurut perspektif islam pula sangat dihormati dan mempunyai hak menuntut ilmu yang sama dengan lelaki. Dalam diri setiap wanita itu, telah diciptakan sebagai penenang dan penghibur hati. Tanggungjawab kita dalam melahirkan zuriat yang soleh dan mengukuhkan lagi institusi keluarga serta tersimpannya seribu satu rasa kasih dan sayang menjadikan kita hebat dan dihormati.

Kita sememangnya terkenal dengan sifat pengasih dan penyayang. Ia jelas terbukti sejak berzaman melalui peranan Siti KhadijahBinti Khuwailid yang berperanan besar dalam perjuangan Nabi Muhammad S.A.W demi menegakkan ajaran Allah S.W.T. Tanpa penat dan jemu, Khadijah lah yang sentiasa berada disamping Rasulullah, bukan sahaja menyokong usaha dakwah, malah menjadi kekuatan kepada Baginda Nabi menghadapi tentangan masyarakat pada waktu itu.

 

Keperibadian Siti Khadijah dan komitmennya menjadikan Siti Khadijah isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah. Inilah dia wanita unggul bernama Siti Khadijah Binti Khuwailid. Dalam bidang pendidikan, Siti Aisyah r.a adalah contoh wanita terulung merentasi zaman. Sepanjang hidup beliau, Aisyah ummul mukminin adalah seorang yang banyak berjasa kepada kaum hawa. Aisyah mengajar, memberi fatwa dan membimbing ummat islam khususnya hal- hal berkaitan wanita.

Kebijaksanaan Aisyah sangat terserlah dengan pengetahuannya tentang hadis, fiqh dan qiyas, tauhid dan akidah serta syariat. Sifat Aisyah yang berakhlak mulia,manja, lembut , taat malah kecantikan Aisyah menjadikan Aisyah mendapat tempat istimewa dihati Rasulullah S.A.W. Jasa Aisyah kepada kaum wanita terutama tentang hijab yang menegaskan bahawa berhijab bukanlah halangan untuk menjalankan tanggungjawa mereka, baik dalam bidang dakwah, pendidikan dan pengajaran, mahupun bidang sosial dan politik. Malah sehingga kini, kita menjadikan Aisya r.a sebagai rujukan ulung kebanyakan perihal kewanitaan.

Untungnya kita sebagai wanita teman- teman. Kini, kita bukan lagi hanya dijadikan penghibur. Malah, kita berperanan besar dalam mendidik anak bangsa, mengamalkan politik yang sihat, menjadi pemimpin negara. Sekecil manapun peranan kita, ia tetap hebat dimata Allah. Sebagai seorang ibu, isteri, nenek, anak, kakak, adik dan juga hamba Allah, kita diamanahkan untuk bertanggungjawab sepenuhnya kepada jawatan- jawatan tersebut. Tetapi, kita jangan lupa tentang peri pentingnya tanggungjawab kita kepada masyarakat dan juga usaha dakwah yang berterusan.

Hebatnya kita wanita ! Mampu melakukan perkara yang tidak mampu dilakukan oleh lelaki – mengandung, melahirkan, menyusukan. Subhanallah! Selamat Hari Wanita . Kitalah permaisuri didunia dan bidadari di syurga nanti. InsyaAllah. Nukilan Oleh: Yong Bazilah Abu Bakar, Aktivis HELWA Pahang

Last modified on Wednesday, 08 March 2017 11:15
Read 300 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Banjir Pulau Pinang:-
9 November 2017, Seberang Jaya:- Seramai 100 orang aktivis ADAB Youth Garage - AYG, ABIM Selangor ...
Banjir Pulau Pinang:
7hb November 2017: Alhamdulillah, hari ini ABIM Pusat bersama ABIM Pulau Pinang, ABIM Kedah, Global ...
Persidangan Memperingati
Alhamdulillah, dua aktivis helwa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ke Amerika Syarikat, ...
Presiden Jadi Panelis
21hb Oktober 2017 (Sabtu): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim hari ini ...
Harapan : Optimisme
Oleh: Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Tokoh pendidik ...
TQKA-17 Di Gua Musang
Alhamdulillah, telah berlangsung Tamrin Qiyadi Kebangsaan ABIM 2017 di Gua Musang, Kelantan pada ...
Budaya Membaca Harus
5hb September 2017 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM, Sdr. Mohd Khairul Anwar Ismail ...
Ekonomi Pesat Tumbuh,
KERAJAAN mengatakan ekonomi bertumbuh lebih daripada 5% untuk suku pertama 2017 dan situasi ini ...

ABIM Negeri

Banjir Pulau Pinang:-
9 November 2017, Seberang Jaya:- Seramai 100 orang aktivis ADAB Youth Garage - AYG, ABIM Selangor ...
Banjir Pulau Pinang:
7hb November 2017: Alhamdulillah, hari ini ABIM Pusat bersama ABIM Pulau Pinang, ABIM Kedah, Global ...
Persidangan Memperingati
Alhamdulillah, dua aktivis helwa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ke Amerika Syarikat, ...
Presiden Jadi Panelis
21hb Oktober 2017 (Sabtu): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim hari ini ...
Harapan : Optimisme
Oleh: Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Tokoh pendidik ...
TQKA-17 Di Gua Musang
Alhamdulillah, telah berlangsung Tamrin Qiyadi Kebangsaan ABIM 2017 di Gua Musang, Kelantan pada ...
Budaya Membaca Harus
5hb September 2017 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM, Sdr. Mohd Khairul Anwar Ismail ...
Ekonomi Pesat Tumbuh,
KERAJAAN mengatakan ekonomi bertumbuh lebih daripada 5% untuk suku pertama 2017 dan situasi ini ...