ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

ABIM Lancar Filem Pendek "Buang" Untuk Kempen Daftar Mengundi Featured

May 29, 2017 Hit: 57 Written by 
ABIM Lancar Filem Pendek "Buang" Untuk Kempen Daftar Mengundi

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2017 - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melancarkan filem pendek berjudul Buang sebagai sebahagian kempen mendidik anak muda kepentingan mendaftar sebagai pengundi. Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, ini berikutan masih ramai anak muda yang belum berbuat demikian walaupun PRU14 semakin hampir. "Abim memandang berat keciciran golongan muda dalam menjadi kuasa penentu kepimpinan politik negara apabila sejumlah besar anak muda dalam lingkungan usia 20-an masih tidak mendaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya.

"Justeru, Abim telah mencetuskan satu inisiatif baharu menerusi pelancaran satu filem pendek bertajuk Buang. Filem dengan konsep santai dan mesra anak muda ini sebagai langkah awal mendidik kelompok ini akan kepentingan mendaftar sebagai pengundi," katanya dalam majlis pelancaran Buang di sini, semalam.

Menurut beliau, tiada alasan untuk anak muda mengorbankan hak mereka untuk menentukan kepimpinan menerusi pilihan raya. "Apatah lagi dalam menghadapi suasana 'political fatigue' dialasi dengan ketidak tentuan senario politik semasa yang melelahkan masyarakat," katanya.

Katanya lagi, kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat dan keputusan referendum Brexit tanpa dokongan aspirasi anak muda ekoran kegagalan mereka membuang undi harus dijadikan iktibar. "Abim menyeru seluruh rakyat Malaysia menjayakan kempen yang digerakkan sebagai salah satu medium menyedarkan rakyat hak mereka membuang undi," katanya.

Read 57 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Memberdaya Manusia
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...
Qatar-Gulf Crisis: Can
By: Ahmad Shahir Abdul Aziz 1) Some may choose to see Qatar as an impediment of Gulf states' ...
Pertubuhan Pelbagai
Putrajaya: Pelbagai pertubuhan mewakili agama di negara ini berpeluang merasai pengalaman berbuka ...
Ramadhan Ruang Perkukuh
Berbeza agama bukan halangan berkongsi nikmat Ramadhan. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan ...
Kehilangan Allahyarham
17hb April 2017 (Isnin): Seluruh warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ingin merakamkan ucapan ...

ABIM Negeri