ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

KSSB Telah Bantu 1,300 Penerima Featured

Jun 14, 2017 Hit: 25 Written by 
KSSB Telah Bantu 1,300 Penerima

Alhamdulillah. Iya sahabat-sahabat, sumbangan kalian sedang kami agih-agihkan kepada mereka yang memerlukan. Semakin rancak. Tak menang tangan kami! . Nak bagitahu ni, bantuan kita semua melalui Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) anjuran ABIM Pusat sehingga kini berjumlah RM100,000 dan telah disampaikan kepada hampir 1,300 buah keluarga di seluruh Malaysia.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. . Tengok sahajalah sebahagian dari gambar-gambar serahan yang dipaparkan di bawah. Tiada yang lebih membahagiakan kami selain apabila mampu menyampaikan sumbangan anda kepada mereka yang memerlukan dan saat melihat kebahagiaan semua penerima. Muallaf, anak yatim, ibu tunggal, pelajar yang tidak berkemampuan, fakir dan miskin, semuanya mendapat manfaat dari usaha kita bersama.

Pelbagai cerita, pelbagai kisah suka dan duka yang kami terima sepanjang perjalanan menyampaikan amanah anda semua. Dan kami bertekad untuk terus mencari dan menyampaikan kepada mereka yang memerlukan. . Slogan kami semua penggerak KSSB ialah, Anda Hulurkan dan Kami Sampaikan.

Sasaran kami pada tahun ini adalah untuk menyantuni 5,000 buah keluarga.  3,700 buah keluarga lagi sedang menanti penuh pengharapan andai kita mampu meringankan barang sedikit kesukaran mereka.  RM70 untuk sebuah keluarga dengan sumbangan barang-barang dapur dan wang tunai.

Last modified on Wednesday, 14 June 2017 02:47
Read 25 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Memberdaya Manusia
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...
Qatar-Gulf Crisis: Can
By: Ahmad Shahir Abdul Aziz 1) Some may choose to see Qatar as an impediment of Gulf states' ...
Pertubuhan Pelbagai
Putrajaya: Pelbagai pertubuhan mewakili agama di negara ini berpeluang merasai pengalaman berbuka ...
Ramadhan Ruang Perkukuh
Berbeza agama bukan halangan berkongsi nikmat Ramadhan. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan ...
Kehilangan Allahyarham
17hb April 2017 (Isnin): Seluruh warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ingin merakamkan ucapan ...

ABIM Negeri