ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Menelusuri Kisah Maryam Dari Perspektif Tafsir & Psikologi Al-Qur'an Featured

Aug 02, 2017 Hit: 216 Written by 
Menelusuri Kisah Maryam  Dari Perspektif Tafsir & Psikologi Al-Qur'an

Maryam alaihassalam, adalah seorang perawan solehah yang diangkat pengkisahannya di dalam al-Quran. Maryam, yang dinazarkan ibunya buat Masjid al-Aqsa, dipilih Allah untuk menerima kemuliaan mengandungkan nabi terakhir daripada Bani Israel, iaitu Isa alaihissalam.

Namun, syarat yang dikenakan Allah, bahawa nabi ini haruslah lahir tak berbapa (selaku bukti mukjizat kekuasaan Allah yang bisa mencipta semahuNya), merunsingkan jiwa sang perawan solehah kerana ia bertentangan dengan adat manusia dan kelahiran; namun imanlah yang menjadikannya mampan teguh menerima taklif dan bersabar atas dugaan, demi Allah.

Melahirkan dalam keadaan bersendirian, tanpa ada suami atau siapapun yang menemani, benar-benar mencabar keimanan dan menguji dayatahan mental, sesudah fizikal (yakni dengan melahirkan), begitu juga penerimaan kaumnya yang dikenali dengan sikap yang jahat terhadap para nabi dan mereka yang soleh, yang menuduhnya berzina dan anaknya anak zina; semua ujiannya ditangani dengan yakin kepada Allah dan tidak teragak-agak dengan bantuanNya, bantuan yang datang dalam bentuk bayi kecil bersuara mempertahankan ibunya yang siddiqah. Betapa mulianya kedudukan beliau, sehinggakan beliau digelar ‘wanita yang sempurna’ oleh Rasulullah SAW.

Segala ini dirakam Allah, dalam Surah Maryam, terutamanya, bagaimana seorang manusia dengan agamanya, mendepani ujian-ujian ini yang hakikatnya, memuliakan. Menarik untuk menelusuri kisah Maryam alaihassalam, berdasarkan kepada perkhabaran wahyu, terutamanya untuk membicarakan perihal psikologi manusia berdepan dengan musibah; yang diterjemahkan dalam bentuk trauma psikologi, dan cara menanganinya, sepertimana didikan Allah kepada Maryam.

Aspek ini pernah dibicarakan oleh Dr. Fauziah al-Khalifi, pensyarah Tafsir & Ulum al-Quran, Universiti Puteri Nora, Riyadh, di dalam kitab beliau yang bertajuk: مواجهة الصدمات النفسية من خلال تدبر قصة مريم عليها السلام Lalu beliau mula menceritakan tentang kisah Maryam, dan bagaimana Maryam dengan imannya, berjaya menangani trauma psikologi, sepertimana yang layak bagi seorang wanita pilihan Allah. Beliau menggariskan sekitar 9 cara rabbani mendepani musibah yang dapat dikutip daripada kisah Maryam. Tadabbur kisah Maryam ini dihuraikan syarahannya pada malam ini (Isnin, 31 Julai 2017), oleh Ustaz Muhammad Syafiq at-Tauhidi, secara langsung dari Madinah al-Munawwarah, melalui laman FB  Siri Bicara Al-Qur'an yang dilancarkan ABIM baru-baru ini.

 

Last modified on Wednesday, 02 August 2017 02:51
Read 216 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Larangan Bertudung Dalam
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan ...
ABIM Dukacita Isu
Isu Kelulusan Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Timbalan Perdana ...
Syarat Lulus Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Kementerian ...
Memberdaya Manusia
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...

ABIM Negeri

Larangan Bertudung Dalam
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan ...
ABIM Dukacita Isu
Isu Kelulusan Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Timbalan Perdana ...
Syarat Lulus Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Kementerian ...
Memberdaya Manusia
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...