ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Sukarelawan ABIM Redah Banjir Bantu Mereka Yang Memerlukan Featured

Jan 22, 2018 Hit: 332 Written by 
Sukarelawan ABIM Redah Banjir Bantu Mereka Yang Memerlukan

7 Jan 2018 - Misi Bantuan Banjir 2018 Abim Pahang digerakkan untuk misi ke-2 di Kampung Pasir Panjang, Pekan. Misi bantuan kali ini turut disertai oleh Abim Pusat dan Global Peace Malaysia (GPM) yang diketuai oleh Sdr. Syahrir Azfar Al-Halabi II (Setiausaha Kewangan ABIM Pusat).

Selain itu, misi kali ini digerakkan bersama Ikatan Pelajar Islam Pahang, Mra Pahang Chapter, Kelab Perkim Kuipsas Rasmi, JKKK Pasir Panjang, Guru Besar dan guru-guru SK Pasir Panjang, wakil PPD Pekan, Jabatan Bomba, DRB-Hicom University dan Pasukan Pengakap SMK Seri Pekan.

Misi dimulakan dengan membersihkan SK Pasir Panjang selepas semua penduduk terjejas banjir pulang ke rumah. Sekolah perlu dibersihkan supaya boleh dibuka untuk sesi persekolahan. Selepas selesai membersih sekolah, misi bantuan diteruskan dengan ziarah dari rumah ke rumah untuk menyantuni penduduk terjejas banjir terutama warga emas dan terlantar sakit.

Biro Kesihatan ABIM Pahang telah menjalankan pemeriksaan kesihatan dan memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan penyakit yang dihidapi.  Misi diteruskan di sebelah petang dengan menziarahi penduduk terjejas banjir di Kampung Acheh dan SK Temai. Sepanjang misi bantuan ini, ABIM Pusat telah menyampaikan barang-barang keperluan dapur kepada penduduk terjejas banjir.

Read 332 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Memahami Konteks Hak
"Memahami Konteks Hak Asasi Dalam Mendepani Cabaran Malaysia Baharu" Disampaikan oleh : Sdra. ...
Kemelut Nilai Politik
Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM Dengan merudumnya amalan dan institusi demokrasi di ...
Karya Dr Hisham Al-Talib
Alhamdulillah, bertempat di Dewan Senat, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, ...
TPM Lancarkan Terjemahan
7hb September 2018 (Jumaat) : Alhamdulillah, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Wanita dan ...
Dermaga & Tunas
Tahun 2018 bermula 4 September 2018, akan disertai oleh 50 buah sekolah Menengah dan rendah di ...
ABIM Kecam Penghapusan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan Malaysia menegaskan pendirian serta ...
Mahasiswa dan Kepedulian
9hb Ogos 2018 (Khamis): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim telah ...
“Developing A Whole of
1hb Ogos 2018 (Rabu): Alhamdulillah, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM telah ...

ABIM Negeri