ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Sumbangan ABIM dan FGIS Diiktiraf Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Featured

Feb 12, 2018 Hit: 235 Written by 
Sumbangan ABIM dan FGIS Diiktiraf Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

11hb Februari 2018 (Ahad): Alhamdulillah, ABIM dan FGIS menerima Anugerah Khas daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), di atas sumbangan kepada usaha-usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim dan kesemua ketua badan gabungan hadir bagi menerima penghargaan secara bersama, yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan SriJoseph Kurup.

Beliau mewakili Timbalan perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dapat hadir. ABIM melalui platform YIGA (Young Interfaith Group of ABIM) akan terus konsisten dalam menggerakan agenda “Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan” ini menerusi Friendship Group for Inter-faith Services (FGIS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM); melalui penglibatan anak muda di kampus mahupun di negeri.

FGIS ditubuhkan pada 2001 sebagai jaringan tidak formal antara badan agama utama di negara ini iaitu, Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh. Matlamat penubuhan FGIS ialah memupuk keharmonian antara agama dan menegakkan nilai manusiawi, iaitu dengan cara membantu golongan yang memerlukan dan menyumbang terhadap pembangunan negara.

FGIS melihat isu-isu kontroversi menerusi sudut berbeza, daripada mencari perbezaan dan bertelagah, mereka mencari alasan untuk bersatu. Semoga Islam terus berkembang mekar; harum mewangi menyebarkan keamanan dan kesejahteraan ke sekalian alam. Sebarkan.

Last modified on Monday, 12 February 2018 09:30
Read 235 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Nilai & Prinsip
15hb April 2018: “Mereka yang mencapai kepada kejayaan yang utama (primary greatness) adalah mereka ...
ABIM Akan Lancarkan
11 April - Pimpinan ABIM Sabah dan Pengurusan Home Tuaran bersama-sama mengadakan kunjungan hormat ...
ABIM Dilantik Sebagai
4 hb April 2018 (Rabu): Alhamdulillah, Setiausaha Kewangan ABIM, Sdr. Syahrir Azfar Saleh telah ...
Pembubaran Parlimen
  Susulan pembubaran Parlimen berkuatkuasa 7 April 2018 yang diumumkan Perdana Menteri setelah ...
Institusi Pendidikan
Alhamdulillah, telah berlangsung Ihtifal Majlis Ihtifal (Akademik) Kebangsaan Sekolah Rendah dan ...
Politik Perubahan Adalah
19hb Mac 2018 (Isnin): Alhamdulillah, dengan topik menarik, “Wanita dan Politik Perubahan”, wakil ...
Sumbangan ABIM dan FGIS
11hb Februari 2018 (Ahad): Alhamdulillah, ABIM dan FGIS menerima Anugerah Khas daripada Jabatan ...
Wisma Darul Hikmah ABIM
28hb Januari 2018 (Ahad): Alhamdulillah, Ketua Biro Kesihatan ABIM, Dr. Zhafri Ismadi telah ...

ABIM Negeri