ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Pejuang Bahasa Tolak Manifesto DLP & Kembangkan Sekolah Aliran Inggeris Featured

Apr 21, 2018 Hit: 502 Written by 
Pejuang Bahasa Tolak Manifesto DLP & Kembangkan Sekolah Aliran Inggeris

19hb April 2018 (Khamis): Alhamdulillah, bertempat di Dewan ABIM, Taman Cemerlang, Kuala Lumpur, telah dianjurkan Sidang Media Bantah Manifesto Dual Language Program (DLP) dan Pengembalian Sekolah Aliran Inggeris. Program DLP ini dilihat seperti menghidupkan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dato’ Dr. Awang Sariyan, mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), menyebut bahawa kita tidak boleh terus terbelenggu dalam minda tertawan (captive mind) serta penjajahan bahasa (linguistic imperialism). Sementelah, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia menegaskan bahawa kita tidak boleh menyamakan program DLP di Malaysia dengan yang dilaksanakan di Amerika, kerana di sana, ia dijalankan dengan andaian pelajar sekolah itu belum lagi dapat memahami penjelasan ilmu sains dan matematiknya dalam bahasa bukan bahasa ibundanya.

Beliau juga menyatakan bahawa program DLP boleh menyekat perkembangan kreativiti asli (indigenous creativity) dalam kalangan para pelajar yang terlibat dalam program tersebut. Para pejuang bahasa dan pakar pendidikan kebangsaan telah berkali-kali mengemukakan saran bahawa peningkatan penguasaan bahasa Inggeris perlu digerakkan dalam kerangka dan kaedah yang strategis, bukan melalui penginggerisan sistem pendidikan negara.

Last modified on Saturday, 21 April 2018 04:57
Read 502 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

[Video} Ke Arah
Video : Reformasi Sistem Pilihanraya dan Pengukuhan Demokrasi: Sudut Pandangan Indonesia dan ...
Taski ABIM: Perintis
Oleh: Zairudin Hashim (Penolong Setiausaha Agung ABIM) Aisyah R.A ketika ditanya bagaimana akhlak ...
Nilai Etika Kepemimpinan
Membentangkan makalah berjudul "Nilai Etika Kepemimpinan Belia: Meninjau Pesan-pesan Imam ...
Nasihatul Muluk Bina
Naṣīḥat al-Mulūk karya Imām al-Ghazālī adalah merupakan sebuah karya yang tergolong dalam genre ...
Berkomunikasi Dengan
What kind of relationship between you and Qur'an? Sesi "Transformational Teaching" dimulakan Dr ...
[Video] Maqasid
"Maqasid Quraniyya on Ethics of Disagreement: Challenges and Way Forward for Malaysia" oleh:- Dr. ...
ABIM Pandang Serius
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat liputan media yang melaporkan kenyataan Yang ...
Video: Pengenalan Kepada
Kuliah bersiri ini berdasarkan kepada kitab Tadabbur al-Quran. Video ini adalah siri pertama ...

ABIM Negeri