ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Perlantikan Peguam Negara; ABIM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong Featured

Jun 05, 2018 Hit: 343 Written by 
Perlantikan Peguam Negara; ABIM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) yang memperkenankan cadangan kerajaan untuk melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara Malaysia yang baharu menggantikan Tan Sri Apandi Ali. Merujuk kepada kenyataan media istana negara bertarikh 4 Jun 2018, ABIM mengharapkan keputusan ini dapat meredakan spekulasi terhadap jawatan tersebut.

ABIM menyambut baik pendekatan secara berhikmah yang diamalkan melalui rundingan dan perbincangan yang dibuat untuk mengelakkan polemik terbabit daripada membara dan mencetuskan krisis perlembagaan antara YDPA dan badan eksekutif, yang sekiranya berlaku, hanya akan merugikan rakyat. Dari sisi positif ABIM menilai polemik tersebut secara keseluruhannya menunjukkan tahap keprihatinan, kecelikan dan partisipasi rakyat dalam proses politik amat tinggi pasca PRU.

Walaupun keadaan tersebut adalah indikasi positif terhadap tahap kesedaran demokrasi serta kewarganegaraan dalam kalangan rakyat, namun indikasi ini perlu dicermati dan diuruskan dengan penuh kewaspadaan. Dalam hal ini ABIM merujuk kepada titah YDPA yang menafikan sebarang spekulasi negatif yang cuba disemarakkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Penyelesaian polemik ini adalah indikasi positif terhadap reformasi institusi yang sedang digerakkan pasca pru 14. ABIM menegaskan bahawa reformasi dalam institusi perundangan sangat penting kerana ia adalah simbol kepada keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang. Antaranya ialah menempatkan jawatan Peguam Negara setaraf dengan peranan seorang menteri yang bertanggungjawab untuk dinilai di parlimen.

Susulan daripada titah YDPA berhubung isu ini, ia secara langsung, akan mengukuhkan kedaulatan institusi Raja Berperlembagaan yang menaungi aspirasi dan harapan rakyat. ABIM juga mengharapkan susulan daripada terungkainya polemik ini, ia dapat dijadikan pedoman untuk mengemudi gelombang perubahan secara berhikmah.

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Read 343 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Surah Al-Muzammil :
  Motivasi Di Balik Seruan Ayat 1 Sehingga 5 Surah Al-Muzammil. اللهم صلى على سيدنا محمد و ...
Tunas Dermaga Didik
Alhamdulillah, pada 9hb November 2018, para jurulatih program Tunas Dermaga (Diriku Permata ...
[Video] Hak LGBT, Antara
Lee Ta'arafu : HAK LGBT, ANTARA MIMPI DAN REALITI Panelis: Mohd Khairul Anwar Ismail Peguam Bela ...
Sokongan Masyarakat
Naib Presiden Helwa, Puan Nur Azura Komarudin Sohami, telah mengisi slot Mental Sihat, Emosi Kuat ...
Tahniah Ahmad Farid
3hb November 2018, Sandakan - Alhamdulillah, Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri Sabah, Sdr. Ahmad ...
GPM Lancar Misi
Rakyat Malaysia diseru beri sumbangan kepada Yaman SHAH ALAM: Kementerian Luar Negeri menyeru ...
Falsafah Pendidikan
21hb Oktober 2018 (Ahad): Alhamdulillah, ABIM yang diwakili Naib Presiden, Sdr. Radin Muhd ...
Bengkel Psychological
28hb Oktober 2018: Alhamdulillah, bagi menyediakan kemahiran kepada pada aktivis ABIM, Biro ...

ABIM Negeri