ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Lindungi Kanak-Kanak Dengan Serius;- Naib Presiden Helwa Featured

Jul 12, 2018 Hit: 418 Written by 
Lindungi Kanak-Kanak Dengan Serius;- Naib Presiden Helwa

10hb Julai 2018 (Selasa): Alhamdulillah, hari ini HELWA ABIM tampil dalam Sesi Meja Bulat NGO bersama Timbalan Perdana Menteri, YB Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB Hannah Yeoh, di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Naib Presiden (HELWA) ABIM, Puan Nur Azura Kamarudin Sohami telah mengutarakan beberapa cadangan serta pandangan, terutamanya dalam isu perkahwinan kanak-kanak; kesihatan mental; masalah sosial remaja; pengurusan keluarga muda; serta memanfaatkan cawangan-cawangan Majlis Belia Malaysia.

HELWA ABIM AMBIL SERIUS ISU PERLINDUNGAN TERHADAP KANAK-KANAK.

HELWA (Hal Ehwal Wanita) ABIM memandang serius kes bayi lelaki yang berusia 5 bulan ditemui mati dan disorokkan dalam bahagian pembeku peti sejuk di rumah pengasuhnya baru-baru ini. Kejadian ini merupakan antara kes berulang yang berlaku berkaitan penganiayaan dan keganasan terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. Golongan kanak-kanak ini mewakili 29.4 peratus iaitu 9.4 juta daripada 32 juta jumlah penduduk Malaysia seperti yang dilaporkan dalam statistik Jabatan Perangkaan Negara 2017.

HELWA ABIM menegaskan sudah terima masanya semua pihak mengambil serius dan memainkan peranan dalam isu perlindungan terhadap kanak-kanak. Dasar Kanak-kanak Negara telah meletakkan perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi sebagai objektif utama dalam melahirkan individu yang sihat, cergas, berilmu, inovatif, kreatif, berjati diri, berdaya saing, progresif dan mempunyai nilai-nilai murni.

Saranan Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara agar setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama perlu disambut dengan serius oleh semua pihak. Sehubungan itu HELWA ABIM mencadangkan agar semua pihak yang terlibat dengan kanak-kanak perlu mewujudkan polisi perlindungan kanak-kanak di institusi masing-masing.

Perlindungan kanak-kanak ini perlu dititikberatkan di rumah, sekolah, taska, tadika dan dalam komuniti. HELWA ABIM menyambut baik kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) agar Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 [Akta 308] ditambahbaik untuk tujuan perlindungan kanak-kanak. HELWA ABIM turut menyokong agar Pusat Asuhan Harian perlu diadakan di setiap agensi kerajaan dan menyarankan agar inisiatif ini disambut juga oleh pihak swasta.

Namun begitu, HELWA ABIM juga mencadangkan agar perkara berikut perlu disegerakan tindakannya oleh KPWKM:

1. Pengasuh peribadi yang menerima upah menjaga kanak-kanak di rumah perlu didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sama seperti yang dilakukan oleh Pengusaha TASKA seperti yang diperuntukkan dalam Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984. Ini bagi memudahkan proses pemantauan oleh JKM selain latihan yang sewajarnya dapat diberikan kepada mereka serta memudahkan tindakan segera diambil apabila melibatkan hal kecemasan dan terdesak dalam isu keselamatan kanak-kanak.

2. Pemberian bantuan kewangan bersifat elaun bulanan khusus untuk penjagaan anak-anak bagi ibu bekerja yang memerlukan. Ini perlu dilihat dalam konteks golongan B40 dan keluarga yang mempunyai ramai tanggungan memandangkan kos untuk menghantar anak-anak ke Taska Swasta yang menawarkan aspek keselamatan yang lebih baik adalah mahal dan di luar kemampuan. Inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor, Skim Sikembar antara yang terbaik dalam praktis yang ada.

3. Meluaskan Taska PERMATA dengan memastikan satu PERMATA untuk satu kawasan Parlimen dan dipanjangkan kepada satu DUN satu PERMATA. Ini juga bertujuan untuk membantu ibu bapa yang berpendapatan sederhana dan rendah mendapatkan Taska yang baik untuk perlindungan dan keselamatan anak-anak.

4. Menguatkuasakan Daftar kanak-kanak seperti yang termaktub dalam pindaan Akta Kanak-kanak 2016 berkaitan rekod pesalah kes yang melibatkan kanak-kanak sebagai rujukan kepada majikan terutamanya dalam sektor pekerjaan yang membabitkan kanak-kanak seperti pengasuh, pembantu rumah dan pengawal keselamatan di taska, tadika atau sekolah atau sekolah.

5. Saringan kesihatan mental perlu dibuat kepada semua pengasuh dan pengusaha Taska yang berdaftar dengan JKM (dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia) dan tindakan susulan perlu diambil bagi mereka yang perlu mendapatkan khidmat profesional perubatan.

HELWA ABIM juga ingin mengesyorkan cadangan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

1. Satu entiti yang mengukuhkan ketiga-tiga aspek penting di bawah KKM iaitu klinikal, advokasi dan literasi yang diusahakan bersama dua kepakaran utama (psikiatri dan kesihatan awam-dengan subkepakaran kesihatan mental) perlu diletakkan di bawah satu bumbung. Kewujudan dua entiti di bawah satu Kementerian cenderung untuk mewujudkan perkhidmatan yang terpecah, terfragmen dan tidak terfokus.

2. Memperkasa perkhidmatan dengan memfokuskan kepada pelantikan lebih ramai psikologis klinikal dan kaunselor dengan pengkhususan yang dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat terbanyak khususnya dalam isu perlindungan kanak-kanak.

3. Meraikan NGO kesihatan mental sedia ada dan menjadikan mereka agen penggerak masyarakat seterusnya mewujudkan program terpandu yang dilaksanakan dan dijayakan dalam masyarakat. Penglibatan aktif memberikan nilai tambah dari sudut mewujudkan rasa kepentingan dan usaha konsisten membantu dan memberi khidmat.

Selain itu, faktor kemanusiaan bersifat dua hala antara ibu bapa dan pengasuh adalah faktor penting yang tidak boleh diabaikan oleh semua pihak dalam memastikan hak dan perlindungan kanak-kanak menjadi perkara yang diutamakan. Hal kebajikan, komunikasi berkesan dan nilai keprihatinan tidak boleh dipandang enteng. Ibu bapa juga perlu peka dengan perubahan yang berlaku kepada anak-anak dan mengambil tindakan sewajarnya tentang apa yang berlaku di taska atau rumah pengasuh.

Sistem sokongan kepada ibu-ibu bekerjaya perlu diperkuatkan khususnya untuk mereka yang bekerja shif. Kewujudan taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang mudah didapati berhampiran tempat kerja dan kebolehmampuan menanggung kos penjagaan adalah perkara yang krusial yang perlu diambil berat oleh pihak berwajib. NOR AZURA BINTI KAMARUDIN SOHAMI, Naib Presiden ABIM (HELWA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Last modified on Thursday, 12 July 2018 11:43
Read 418 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Video: Pengenalan Kepada
Kuliah bersiri ini berdasarkan kepada kitab Tadabbur al-Quran. Video ini adalah siri pertama ...
Sukarelawan Masa Hadapan
Sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa 2018 (International Volunteers Day) pada tanggal 5 Disember ...
ABIM Terima Anugerah
27hb November 2018 (Selasa) : Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim telah ...
Sheikh Yusuf
Terdapat pandangan yang mengatakan saranan Abim Pusat ini seolah ingin membawa agenda ICERD melalui ...
ICERD: Mencari Titik
Saya mengamati isu ratifikasi International Convention on the Elimination of All Forms of Racial ...
Tunas Dermaga Didik
Alhamdulillah, pada 9hb November 2018, para jurulatih program Tunas Dermaga (Diriku Permata ...
[Video] Hak LGBT, Antara
Lee Ta'arafu : HAK LGBT, ANTARA MIMPI DAN REALITI Panelis: Mohd Khairul Anwar Ismail Peguam Bela ...
Sokongan Masyarakat
Naib Presiden Helwa, Puan Nur Azura Komarudin Sohami, telah mengisi slot Mental Sihat, Emosi Kuat ...

ABIM Negeri

Video: Pengenalan Kepada
Kuliah bersiri ini berdasarkan kepada kitab Tadabbur al-Quran. Video ini adalah siri pertama ...
Sukarelawan Masa Hadapan
Sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa 2018 (International Volunteers Day) pada tanggal 5 Disember ...
ABIM Terima Anugerah
27hb November 2018 (Selasa) : Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim telah ...
Sheikh Yusuf
Terdapat pandangan yang mengatakan saranan Abim Pusat ini seolah ingin membawa agenda ICERD melalui ...
ICERD: Mencari Titik
Saya mengamati isu ratifikasi International Convention on the Elimination of All Forms of Racial ...
Tunas Dermaga Didik
Alhamdulillah, pada 9hb November 2018, para jurulatih program Tunas Dermaga (Diriku Permata ...
[Video] Hak LGBT, Antara
Lee Ta'arafu : HAK LGBT, ANTARA MIMPI DAN REALITI Panelis: Mohd Khairul Anwar Ismail Peguam Bela ...
Sokongan Masyarakat
Naib Presiden Helwa, Puan Nur Azura Komarudin Sohami, telah mengisi slot Mental Sihat, Emosi Kuat ...