ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Sheikh Yusuf Al-Makassari Sumber Inspirasi Nelson Mandela Tentang Apartheid Featured

Nov 29, 2018 Hit: 148 Written by 
Sheikh Yusuf Al-Makassari Sumber Inspirasi Nelson Mandela Tentang Apartheid

Terdapat pandangan yang mengatakan saranan Abim Pusat ini seolah ingin membawa agenda ICERD melalui pintu belakang. Jawapan saya

1) Sekiranya Parlimen menggubal sesuatu Akta seperti contoh Akta untuk menolak diskriminasi semestinya Akta tersebut tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan apa lagi menjejaskannya. Ini jelas dinyatakan di dalam Perkara 4 (1) "This Constitution is the supreme law of the Federation and any law passed after Merdeka Day which is inconsistent with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, be void." Ini berbeza dengan #ICERD mengikut pandangan sebahagian pihak ia bercanggah dan akan menjejaskan Perlembagaan Persekutuan.

2) Mana-mana Akta penguatkuasaannya dalam wilayah bidang kuasa Mahkamah di Malaysia dan ia berbeza dengan ICERD Perkara 8 yang mendedahkan aduan diskriminasi kepada satu Jawatankuasa - Committee on the Elimination of Racial Discrimination.

3) Terdapat peruntukan di dalam ICERD yang bersesuaian untuk dijadikan elemen melunasi penguatkuasaan undang-undang menolak diskriminasi di Malaysia. Malah sejarah ICERD ini wujud ekoran dari gerakan menolak diskriminasi bangsa kulit hitam di US dan Eropah dan antara pelopornya adalah tokoh Islam Malcolm X (Malik Shahbaz) serta Sheikh Yusuf Al-Makassari yang menjadi sumber inspirasi Nelson Mandela menentang apartheid. Justeru kita harus seimbang dan matang dalam memberi membuat penilaian.

4) Diskriminasi adalah luas dan jangan terperangkap bilamana disebut menolak diskriminasi seolah-olah kaum majoriti diancam. Sebenarnya kaum majoriti juga perlukan perlindungan dari diskriminasi. Isu wanita dibuang kerja kerana bertudung, kenyataan provokasi menghina orang Melayu dan lain-lain jelas menunjukkan kita yang majoriti juga perlukan perlindungan dari menjadi mangsa diskriminasi. 5) Selagi mana kita tidak jujur, terbuka dan berjiwa besar mengakui dilemma diskriminasi yang dihadapi kaum masing-masing selagi itu laungan perpaduan yang kita ungkapkan hanya meniti di bibir retorika bersifat politik semata-mata. Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung, ABIM.

Last modified on Thursday, 29 November 2018 12:59
Read 148 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

[Video} Ke Arah
Video : Reformasi Sistem Pilihanraya dan Pengukuhan Demokrasi: Sudut Pandangan Indonesia dan ...
Taski ABIM: Perintis
Oleh: Zairudin Hashim (Penolong Setiausaha Agung ABIM) Aisyah R.A ketika ditanya bagaimana akhlak ...
Nilai Etika Kepemimpinan
Membentangkan makalah berjudul "Nilai Etika Kepemimpinan Belia: Meninjau Pesan-pesan Imam ...
Nasihatul Muluk Bina
Naṣīḥat al-Mulūk karya Imām al-Ghazālī adalah merupakan sebuah karya yang tergolong dalam genre ...
Berkomunikasi Dengan
What kind of relationship between you and Qur'an? Sesi "Transformational Teaching" dimulakan Dr ...
[Video] Maqasid
"Maqasid Quraniyya on Ethics of Disagreement: Challenges and Way Forward for Malaysia" oleh:- Dr. ...
ABIM Pandang Serius
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat liputan media yang melaporkan kenyataan Yang ...
Video: Pengenalan Kepada
Kuliah bersiri ini berdasarkan kepada kitab Tadabbur al-Quran. Video ini adalah siri pertama ...

ABIM Negeri