ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Sukarelawan Masa Hadapan Memimpin Umat, Mengemudi Perubahan Featured

Dec 05, 2018 Hit: 188 Written by 
Sukarelawan Masa Hadapan Memimpin Umat, Mengemudi Perubahan

Sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa 2018 (International Volunteers Day) pada tanggal 5 Disember 2018, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengetengahkan tema Sukarelawan membina Komuniti Berdaya tahan", (Volunteers build Resilient Communities).

Tema tersebut antara lain diketengahkan untuk mengiktiraf peranan sukarelawan di seluruh dunia dalam membangunkan masyarakat serta komuniti yang yang kuat serta berdaya tahan untuk bencana alam, tekanan ekonomi dan kejutan politik (political).

Tema hari sukarelawan antarabangsa pada kali ini menyedarkan kita betapa sukarelawan secara individu serta mana-mana badan pertubuhan perlu mempunyai dimensi futuristik ke arah memberdayakan masyarakat.

Para sukarelawan serta pertubuhan dan badan sukarelawan mempunyai peranan yang sangat untuk mengemudi masyarakat mendepani pelbagai arus perubahan sejagat seperti ledakan revolusi industri ke-4, meningkatnya kemiskinan akibat daripada pembangunan serta perkembangan ekonomi yang tidak mampan serta kemerosotan integriti politik sejagat di sampingnya meruncing pelbagai konflik serta krisis kemanusiaan sejagat.

Justeru semangat sukarelawan khususnya dalam kalangan generasi muda perlu perlu dipupuk dan diberdayakan. Untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar, sudah sampainya konsep “pemimpin sukarelawan’ yang dapat diketengahkan. Para aktivis masyarakat perlu berperanan memimpin perubahan ataupun change maker.

Banyak inovasi serta inisiatif baru yang boleh diketengahkan. Para sukarelawan yang berada di tengah-tengah kancah masyarakat perlu berani menerokai kebitaraan serta bidang baru untuk ditangani sesuai dengan terjelmanya perubahan masa.

Sepertimana yang pernah dinyatakan Paolo Freire menerusi pedagogy of hopes, harapan adalah esensi yang menjadi asas penting untuk manusia terus berusaha melaksanakan perubahan.

Sempena dengan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2018, mari kita memperteguhkan iltizam kita serta terus memasang harapan untuk memberikan sumbangan yang bermakna ke arah memimpin perubahan yang bermakna untuk dunia yang lebih baik.

Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Read 188 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

[Video} Ke Arah
Video : Reformasi Sistem Pilihanraya dan Pengukuhan Demokrasi: Sudut Pandangan Indonesia dan ...
Taski ABIM: Perintis
Oleh: Zairudin Hashim (Penolong Setiausaha Agung ABIM) Aisyah R.A ketika ditanya bagaimana akhlak ...
Nilai Etika Kepemimpinan
Membentangkan makalah berjudul "Nilai Etika Kepemimpinan Belia: Meninjau Pesan-pesan Imam ...
Nasihatul Muluk Bina
Naṣīḥat al-Mulūk karya Imām al-Ghazālī adalah merupakan sebuah karya yang tergolong dalam genre ...
Berkomunikasi Dengan
What kind of relationship between you and Qur'an? Sesi "Transformational Teaching" dimulakan Dr ...
[Video] Maqasid
"Maqasid Quraniyya on Ethics of Disagreement: Challenges and Way Forward for Malaysia" oleh:- Dr. ...
ABIM Pandang Serius
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat liputan media yang melaporkan kenyataan Yang ...
Video: Pengenalan Kepada
Kuliah bersiri ini berdasarkan kepada kitab Tadabbur al-Quran. Video ini adalah siri pertama ...

ABIM Negeri