Print this page

ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Generasi Muda Mahu Suara Mereka Didengari Featured

Mar 06, 2019 Hit: 338 Written by 
Generasi Muda Mahu Suara Mereka Didengari

Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, menegaskan generasi mahukan suara mereka didengari. Beliau berkata demikian ketika ditemuramah pihak media sesudah ketika Seminar Reformasi PIlihanraya: Manfaat Untuk Generasi Muda yang diadakan pada 2 Mac yang lalu. " Kita sedang berbicara mengenai reformasi. Ruang-ruang reformasi khususnya dalam parlimen semakin terbuka. Generasi muda bukan sekadar menuntut bahkan mereka ingin memberi pandangan serta input kerana mereka mahu suara mereka didengari," jelas beliau ketika ditemuramah pihak media

Seminar Reformasi Sistem Pilihanraya : Manfaat Untuk Generasi Muda anjuran Parlimen Malaysia bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Raub, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bertempat di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia. Seminar kebangsaan ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Turut hadir ke seminar ini adalah YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBhg Datuk Roosme binti Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat, wakil-wakil NGO, pensyarah serta pelajar dari UiTM Kampus Raub, Pahang.

Last modified on Wednesday, 06 March 2019 04:25
Read 338 times
Rate this item
(0 votes)

Latest from editor-media