22hb September 2020 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM (HELWA), Sdri. Fatin Nur Majdina Nordin berkongsi tentang topik “Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak” bersama penduduk Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor di dalam program anjuran Institut Wanita Berdaya (IWB).
Program yang dianjurkan di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Tengi ini membincangkan tentang isu gangguan seksual, keganasan rumah tangga dan Hak kanak-kanak. Terima kasih IWB dan para peserta.
Program ini mendapat kerjasama Pengurusan Felda, Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Sungai Tengi serta Pusat Wanita Berdaya (PWB) Hulu Bernam.
Penyelaras Dun Hulu Bernam, Tuan Haji Amran Mohd Sakir hadir untuk memberi ucapan aluan. Di samping Ahli Majlis Hulu Bernam Puan Rohani dan Penyelia Pusat Wanita Berdaya Puan Fazlina bagi memeriahkan bengkel ini.
Lebih dari 50 peserta wanita dari Felda Sungai Tengi dan Felda Soeharto telah bersama-sama menghayati modul Undang-undang gangguan seksual, keganasan rumah tangga dan Perlindungan Kanak-kanak, Polis dan Hak asasi anda.
Teruskan menjadi wanita berilmu, mendapat akses dan membina sistem sokongan serta ekosistem positif.