Agensi ABIM

Pre-Housemanship Course Untuk Bakal Doktor Muda Featured

Oct 23, 2017
Hit: 88
Written by
Pre-Housemanship Course Untuk Bakal Doktor Muda

Pre-Housemanship Course (Part 2) anjuran Biro Kesihatan ABIM dan Hospital Pakar Al Islam bagi bakal doktor muda kembali lagi dianjurkan. Kali ini pada 21-22hb Oktober 2017, di Dewan Seminar, Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kursus ini dijalankan dengan pengkhususan posting untuk bidang O&G, Surgery, Emergency dan Orthopaedics.

Barisan pakar bertauliah hadir memberi perkongsian seperti Dr Wan Hamilton (HOD O&G Hospital Serdang), Dr Sabariah Faizah (HOD Emergency Dept Hospital Sungai Buloh), Dr Basri Tawil (HOD Orthopaedics Hospital Shah Alam), Dato Prof Razman (HOD Surgery HUKM) dan Dr Mohd Daud Bin Sulaiman (Pakar Perunding Kanan Kardiologi, Hospital KPJ Damansara).

Untuk program praktikal hands on seperti episiotomy and perineum repair, CBD insertion, suturing techniques, preparation in OT dan lain-lain, pakar-pakar hebat yang terlibat adalah: Lt Col Dr Shazni Izana (Pakar O&G, Hospital Angkatan Tentera); Dr Saifullah Al Hany (Pakar Orthopedik Hospital Sungai Petani) dan Dr Zafri Ismadi (Exco ABIM Pusat dan Pakar Kanak Kanak dari Hospital Temerloh).

Membezakan Pre HO Course anjuran kami dengan Pre HO yang lain ialah program pemantapan kerohanian. Slot kuliah Maghrib diisi oleh Yg Bhg Dato Dr Abd Razak Kechik, mantan Pengarah Hospital Kuala Lumpur yang bertajuk "Konsep Sukarelawan dalam Islam"; Program Qiyamullail dan Kuliah Subuh dengan tajuk "Doktor sebagai Daie" yang disampaikan oleh Dr Safwan Mohamad (Registrar Family Medicine dari Kulliyyah Perubatan UIA Pahang); Juga pengisian tajuk "Rukhsah dan Darurah" serta praktikal ibadah pesakit oleh Ustaz Zulkifli (Pegawai Hal Ehwal Khas Hospital Pakar Al Islam).

Kami turut menyediakan set skin pad sebanyak 40 unit dan suturing set (gambar) untuk memastikan para peserta mendapat pengalaman sebenar teknik menjahit dengan betul. Kami juga menyediakan model-model pelvis bagi memudahkan kefahaman para peserta. Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!

Read 88 times
Rate this item
(1 Vote)
Kumpulan Seri Fitrah ABIM Juarai Young Muslim Talent 2017

29hb Julai 2017 (Sabtu): Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada kumpulan nasyid Seri Fitrah Senior dari SERI ABIM Sungai Ramal, yang memenangi Pertandingan Young Muslim Talent sempena MICF 2017 di MAEPS Serdang. . Para peserta mempamerkan bakat masing-masing, seperti menyanyi, bersyair, nasyid, choral speaking, silap mata, berceramah dan sebagainya. . Kumpulan nasyid legenda, Rabbani turut membuat persembahan di pentas yang sama.

Read 154 times
Rate this item
(0 votes)

Kerja Gila Tidak Kami Sesali! Featured

Jul 24, 2017
Hit: 174
Written by
Kerja Gila Tidak Kami Sesali!

Mengenang kembali bagaimana idea gila ini kami cetuskan dan mendapat sokongan padu dari anda semua. .Dan hari ini kami sujud syukur apabila diberitakan ambulans yang kita sama-sama hantar telah mula berkhidmat menyelamatkan nyawa rakyat Syria hanya selepas satu jam ambulans tersebut sampai di Idlib, Syria.

Ya Tuhan. Syukur. Manalah tak bangga. Hasil usaha kita bersama ini. Iya, kita semua yang menjayakannya. . Beberapa bulan lepas sebelum misi bermula, kami tidak tahu samada kami mampu untuk ajak NGO-NGO anak muda untuk bersama-sama NGO Antarabangsa di UK hantar 100 buah Ambulance ke SYRIA Dan kami 'pledge' untuk hantar 10 buah ambulans!

 Mahu tak GILA nak cari sumbangan RM1 juta dalam masa 3 minggu! . Tetapi sebenarnya, ianya tidak mustahil bila kita mula BERMIMPI BESAR dan YAKIN. Walhasilnya, kita berjaya kumpulkan dana untuk beli 7 buah ambulans! Power betul. Alhamdulillah. . Inilah kisahnya bila anak muda bersatu untuk lakukan sesuatu kebaikan.

Dan pastinya ia tidak akan berjaya tanpa sokongan dan dokongan dari anda, para penyumbang yang budiman. . 20 orang anak muda memandu sendiri 7 buah ambulans merentas negara-negara Eropah bermula dari UK ke Bulgaria sebelum ianya dibawa masuk ke Syria.  Ya memang ada kucar kacir, ada gaduh sana sini, dan ada yang terlepas pandang sepanjang perjalanan menghantar ambulans ini.

Tetapi itulah pengajaran berharga buat kami dalam menyampaikan amanah rakyat Malaysia. . Kami percaya masih banyak lagi yang kita boleh lakukan secara bersama dan memberikan impak yang besar dalam gerak kerja membantu Syria dengan 3 syarat; berani bermimpi, berjiwa besar dan optimis.

Dan hakikatnya misi ini berjaya dilaksanakan dengan izin Allah Ta'ala dan juga mereka-mereka yang menjadi tunjang utama; . Saudara Syahrir Azfar alHalabi, CEO MLLFS yang meletakkan kepercayaan dan sokongan padu kepada cetusan idea awal yang dibawa oleh Saudara Muaz at-Thorique.

Read 174 times
Rate this item
(0 votes)

Inspirasi Ramadhan ABIM PJ- AYG Kota Damansara Featured

Jun 19, 2017
Hit: 199
Written by
Inspirasi Ramadhan ABIM PJ- AYG Kota Damansara

Alhamdulillah, sekitar program agihan KSSB Adab Youth Garage (AYG) Kota Damansara, Program Inspirasi Ramadhan serta Iftar Jamaie ABIM Petaling Jaya. . #KejarPahala #KongsiBahagia . Terima kasih kepada semua yang menyumbang seeta membantu. . Salam Ramadhan! ? . . Jom menyumbang untuk Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB), kini sudah masuk TAHUN KE - 12! . . Ayuh, sinari wajah mereka dengan senyuman dengan kepemurahan hati kalian. . Sumbangan boleh dalam bentuk beras dan wang. . Anda hulurkan, kami sampaikan! . JOM MENYUMBANG! . ================ Sumbangan atas talian : www.billplz.com/kssb www.billplz.com/kssb www.billplz.com/kssb ================ ATAU ================ Deposit ke akaun Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Bank Islam : 14023010030552 Maybank : 564221610116 ================ . =============== Maklumat Perhubungan: Tel: +603 - 4108 4500 Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ===============

Read 199 times
Rate this item
(0 votes)
Taski ABIM Klang Terima Anugerah Pra-Sekolah Cemerlang

23 Mei 2017, Klang:- Pada hari ini , bersempena sambutan Hari Guru peringkat negeri Selangor (kerajaan negeri), telah disampaikan sekolah cemerlang pada tahun 2016-2017. *TASKI ABIM Al-Firdaus Meru* telah dinobatkan sebagai *Sekolah Agama Pra-Sekolah Swasta Cemerlang*; suatu kebanggaan warga buat seluruh warga pendidik Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan memberikan inspirasi untuk kita bekerja dengan lebih tekun pada masa mendatang.

Read 304 times
Rate this item
(0 votes)

Temasya Sukan Taski Kuala Langat Featured

May 09, 2017
Hit: 242
Written by
Temasya Sukan Taski Kuala Langat

Pada hari ini, sahabat-sahabat guru, anak-anak dan ibu bapa TASKI ABIM Daerah Kuala Langat, dalam Temasya Sukan Tahunannnya kali ini. Kali ini, tetamu kami, mantan YDP ABIM Daerah Kuala Langat, Cikgu Khairudin Abas, yang kini berkhidmat sebagai Naib Presiden (Pendidikan Dan Latihan) ABIM. Tidak hadir semata-mata sebagai VIP perasmi majlis, beliau juga dikerah sebagai juri acara perbarisan dan beberapa acara permainan. Tidak ketinggalan, para sukarelawan yang diketuai Sdr. Muslim Hashim, memeriahkan suasana dengan celoteh dan sumbangan khidmat bakti yang melancarkan program ini pada hari ini.Tahniah pada semua pendidik dan sukarelawan TASKI ABIM Al Amin Bandar Seri Ehsan, TASKI ABIM Taman Langat Murni, dan TASKI ABIM Kg Bukit Changgang yang bertungkus-lumus menyediakan murid dalam setiap acara.

Read 242 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Larangan Bertudung Dalam
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan ...
ABIM Dukacita Isu
Isu Kelulusan Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Timbalan Perdana ...
Syarat Lulus Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Kementerian ...
Memberdaya Manusia
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...

ABIM Negeri

Larangan Bertudung Dalam
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan ...
ABIM Dukacita Isu
Isu Kelulusan Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Timbalan Perdana ...
Syarat Lulus Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Kementerian ...
Memberdaya Manusia
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...