Agensi ABIM

Published in Agensi ABIM

Keseimbangan & Kelestarian Alam Sekitar Perlu Dipelihara :- "Tanggo" Featured

Mar 28, 2017 Hit: 112 Written by 
Keseimbangan & Kelestarian Alam Sekitar Perlu Dipelihara :- "Tanggo"

13hb Februari 2017 (Isnin): Program Iltizam Staff & Agensi ABIM hari ini menampilkan Saudara Md Yusaimi Md Yusof (lebih dikenali dengan panggilan "Tango"); aktivis Grup Alam Sekitar ABIM (GRASS Malaysia). Berlangsung di Sekretariat ABIM Pusat (SAP), Gombak, beliau mengupas buku "The Challenge for Africa".

Saudara Yusaimi Yusof menyentuh berkenaan keseimbangan ekologi serta kepentingan memelihara kelestarian hutan, di samping memelihata sumber asli. Kepentingan pertanian organik juga disentuh, di mana hari ini banyak hidupan flora dan fauna terkesan dengan bahan kimia yang digunakan secara meluas dalam sektor pertanian.

Beliau turut menyeru agar pertanian tidak hanya melihat kepentingan industri atau monocultre farming semata-mata, sebaliknya turut melihat fitrah atau keperluan masyarakat. Tidak salah untuk menanam kelapa sawit dan getah, tetapi pertanian membabitkan makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diperluaskan, bagi mengelak pembaziran dari segi kos import dan sebagainya. Saudara Yusaimy juga mengupas soal bagaimana negara-negara Afrika kaya dengan sumber asli, tetapi mundur dari segi pembangunan, selain berdepan krisis dan konflik.

Beliau juga menyebut berkenaan 'hunting-related tourism' atau aktiviti perburuan atas nama industri pelancongan, yang dilakukan di Afrika. Jatidiri bangsa dan soal budaya perlu diperkukuhkan menurut beliau, di samping masyarakat perlu memahami lebih mendalam soal intipati agama, ilmu pengetahuan dan dakwah dengan turun ke lapangan.

Sementelah, Nelson Mandela telah berjuang keras melawan politik apartheid. Beliau menggunakan sukan untuk mempersatukan Afrika Selatan ketika Piala Dunia Ragbi pada 1995. Sebagai rekod, Grup Alam Sekitar ABIM atau GRASS Malaysia telah ditubuhkan sebagai bukti kesungguhan ABIM dalam mendidik generasi muda dan masyarakat untuk memperjuangkan isu-isu alam sekitar di Malaysia dan pada peringkat global, selaras dengan Al-Quran dan Sunnah.

GRASS menganjurkan latihan dan aktiviti yang selaras dengan kehidupan kelestarian alam (sustainable living). Grup yang sedar bahawa sebagai khalifah yang diamanahkan untuk menegakkan keadilan kepada semua termasuklah alam sekitar, haiwan dan tumbuhan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!

Last modified on Tuesday, 28 March 2017 05:14
Read 112 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Memberdaya Manusia
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...
Qatar-Gulf Crisis: Can
By: Ahmad Shahir Abdul Aziz 1) Some may choose to see Qatar as an impediment of Gulf states' ...
Pertubuhan Pelbagai
Putrajaya: Pelbagai pertubuhan mewakili agama di negara ini berpeluang merasai pengalaman berbuka ...
Ramadhan Ruang Perkukuh
Berbeza agama bukan halangan berkongsi nikmat Ramadhan. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan ...
Kehilangan Allahyarham
17hb April 2017 (Isnin): Seluruh warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ingin merakamkan ucapan ...

ABIM Negeri

Memberdaya Manusia
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...
Qatar-Gulf Crisis: Can
By: Ahmad Shahir Abdul Aziz 1) Some may choose to see Qatar as an impediment of Gulf states' ...
Pertubuhan Pelbagai
Putrajaya: Pelbagai pertubuhan mewakili agama di negara ini berpeluang merasai pengalaman berbuka ...
Ramadhan Ruang Perkukuh
Berbeza agama bukan halangan berkongsi nikmat Ramadhan. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan ...
Kehilangan Allahyarham
17hb April 2017 (Isnin): Seluruh warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ingin merakamkan ucapan ...