Agensi ABIM

Published in Agensi ABIM

Aktivis IOA Kelantan Gigih Berdayakan Masyrakat Orang Asli Featured

Mar 16, 2020 Hit: 315 Written by 
Aktivis IOA Kelantan Gigih Berdayakan Masyrakat Orang Asli

[PEDULI KUALA KOH]

22 Februari 2020:- Merujuk kepada kejadian yang berlaku kepada penduduk Orang Asli Kuala Koh tahun lalu, IOAK bersama HELWA ABIM mengambil inisiatif membantu mereka mengingkatkan taraf hidup terutamanya dari segi kebersihan dan asas agama Islam (fardhu ain) memandangkan mereka sudah 100% Islam dan antara masyarakat Orang Asli yang daif di Kelantan.

ioa kelantan 2

Alhamdulillah, team IOAK bersama HELWA ABIM Malaysia dan team Road To Jannah R2J menyantuni penduduk Orang Asli Kuala Koh. Lebih kurang 100 orang penduduk yang terdiri daripada kanak-kanak, belia dan dewasa terutamanya kaum ibu menyambut kedatangan kami.

MOHON SUMBANGAN BAHAN MAKANAN UNTUK PELAJAR ORANG ASLI DAN SAUDARA BARU DI MADRASAH PENGAJIAN ISLAM (MPI) KOK LANAS.

IOAK telah menubuhkan Madrasah Pengajian Islam (MPI) yang merupakan institusi pendidikan pondok untuk anak-anak Orang Asli, Saudara Baru dan remaja-remaja yang tercicir dari pendidikan arus perdana.

MPI telah didaftarkan dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak 2013 lagi. Jumlah pelajar di MPI adalah seramai 61 orang.

Antara kemudahan yang disediakan untuk para pelajar sepertimana berikut :
?‍? Kelas pengajian dan pendidikan
? Asrama pelajar
? Makan dan minum 5 kali sehari
? Aktiviti Sukan dan Rekreasi
?‍? Program Kemahiran dan Jati Diri
? Wang Saku

Kami sangat mengalu-alukan bantuan dan sokongan kewangan bagi menampung kos perbelanjaan mereka supaya pelajar-pelajar ini dapat menuntut ilmu agama dengan selesa dan harmoni.

sumbangan dakwah orang asli ABIM

LAWATAN PRESIDEN ABIM

Pihak IOAK berbesar hati atas lawatan Saudara Muhammad Faisal Abd Aziz selaku Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia ke Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli (PULDOA) di Kok Lanas, Kelantan yang diiringi oleh YDP, NYDP, SUA dan Exco ABIM Negeri Kelantan serta Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) IOAK pada 2 Februari yang lalu.

ioa kelantan lawatan presiden

PULDOA merupakan ibu pejabat IOAK di Kelantan. Selain itu, di sana terdapat pusat pendidikan untuk anak-anak Orang Asli, Saudara Baru dan remaja yang tercicir dari pendidikan arus perdana iaitu Madrasah Pengajian Islam (MPI) yang diselia oleh IOAK dan didaftarkan dengan MAIK.

Read 315 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Adalah Gerakan Aksi
  16 September, Sentul:- Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal ...
ABIM Sabah Kemukakan
  18 September 2020, Kota Kinabalu:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah ...
ABIM Gerakkan Tabung
3 hb September 2020 (Khamis): Alhamdulillah, telah diadakan sesi sidang media khas anjuran ABIM dan ...
Malaysia Untuk Generasi
  Tanggal 31 Ogos 2020 amat signifikan buat rakyat dalam meraikan hari kebangsaan tanah air. ...
Tahniah Tan Sri Dato'
  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, ...
Lima Dekad Penubuhan
  Lima Dekad Penubuhan ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memasuki dekad yang ...
ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...

ABIM Negeri

DMC Firewall is a Joomla Security extension!