Maka kami rakyat Malaysia satu projek usaha sama antara projek57 dan unity ribbon bersama ABIM & ADAB Youth Garage.
Ia satu pendedahan kepada anak-anak PPR Kota Damansara tentang keperluan perpaduan demi masa depan negara yang aman, damai dan harmoni mengambil kira kemajmukan etnik dalam negara Malaysia tercinta.
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Program Unity Ribbon bersama Projek 57. Turut hadir Presiden ABIM, SUA ABIM dan beberapa Wartawan.
Kepada anda di luar Sana, Rukun negara Kita berbunyi seperti berikut;
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN