PDF Print E-mail
Kenyataan Media ABIM 20 Nov 2008 - Peringatan Dytm Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah Sangat Bermakna Dan Tepat Pada Masanya

abg yusriAngkatan Belia Islam Malaysia amat menyambut baik dan mengalu-alukan beberapa pesanan dan nasihat DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dalam titah Baginda semasa merasmikan Forum Kepelbagaian Perkara mengenai Diaspora Dalam Komanwel kelima di Monash University di Bandar Sunway semalam.Di antara lain Baginda bertitah bahawa masyarakat pendatang di sesebuah negara perlu mempamerkan perasaan hormat dan penerimaan mereka terhadap tradisi, sejarah dan sistem kerajaan yang wujud di negara yang menerima mereka. Baginda turut merujuk kepada pepatah Melayu 'Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'.

ABIM berpandangan bahawa kegagalan untuk menghormati tradisi, sejarah dan sistem kerajaan yang wujud di Negara kita adalah antara punca yang boleh menimbulkan konflik yang tidak perlu dan merugikan.  Akhir-akhir ini, dalam keghairahan mengikut angin perubahan yang bertiup, ada kecenderungan melampau sesetengah pihak untuk merombak sistem dan kerangka sosio-politik yang sedia ada tanpa mengambil kira faktor tradisi, sejarah dan sistem yang unik dalam Negara kita.  ABIM menegaskan bahawa keunikan realiti dan situasi yang ada di Malaysia mestilah diberi perhatian secukupnya oleh mana-mana usaha dan inisiatif untuk membawa perubahan.  Sudah tentu, perubahan yang adalah suatu yang lumrah dan perlu. Tetapi dalam situasi Negara kita, batas-batas yang menentukan apa dan setakat mana perubahan yang wajar dilakukan perlulah dipelihara oleh semua.

ABIM juga turut menyokong peringatan DYTM Raja Dr. Nazrin Shah supaya segala bentuk kecenderungan ekstrimisme dalam menanggapi persoalan-persoalan kaum dan agama harus dielakkan. ABIM berpandangan bahawa kecenderungan ektrimisme dalam urusan berkaitan kaum dan agama ini adalah berpunca antaranya daripada sikap tidak objektif, ilmiah dan terlalu berpandukan sentimen serta emosi dalam menanggapi isu-isu ini. Akhirnya faktor-faktor yang asasi dan muktabar seperti realiti, tradisi dan sejarah tidak diberikan timbangannya yang sepatutnya dan akhirnya mencetuskan sikap dan tindakan yang melampau.

ABIM mendoakan agar institusi Raja-raja Melayu, yang merupakan antara tunjang Negara, sentiasa beroleh pemeliharaan dan "Tawfiq Ilahi Rabbul Jalil" untuk terus memayungi dan menyuntik inspirasi ke arah Malaysia yang makmur dan sejahtera.

"Menegakkan Kebenaran Dan Keadilan"

YUSRI MOHAMAD

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.