PDF Print E-mail
Siaran Media 1 Disember 2008 / 3 Zulhijjah 1429H - Ucapan Takziah Atas Kembalinya Ke Rahmatullah Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Razali Ismail
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Datuk Razali Ismail, di atas pemergian ke rahmatullah pada 28 November yang lalu. Seluruh saf kepimpinan serta warga ABIM mendoakan semoga Roh Allahyarham sentiasa dirahmat oleh Allah s.w.t. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang sangat besar kepada bidang pendidikan di negara ini terutama sekali dalam memartabatkan profesion perguruan seperti menambah Institusi Perguruan dan komitmen beliau untuk meningkatkan kualiti serta keterampilan di kalangan guru-guru.

ABIM juga menghargai komitmen beliau untuk menjana kecemerlangan di kalangan pelajar secara  holistik. Ini selari dengan falsafah pendidikan negara yang menekankan pembentukan para pelajar yang tidak sahaja cemerlang dalam aspek pencapaian akademik bahkan mempunyai keterampilan sahsiah peribadi yang tinggi. Ini termasuk menubuhkan Majlis Permuafakatan Pendidikan (MPP) di setiap daerah sebagai salah satu usaha untuk membanteras gejala sosial yang semakin menular di kalangan pelajar pada hari ini.

ABIM
mengharapkan agar usaha-usaha murni tersebut dapat diteruskan dan dipertahankan oleh sesiapa sahaja yang bakal menggantikan tempat beliau nanti.

Sekali lagi ABIM ingin merakamkan ucapan takziah serta mengharapkan ahli keluarga dapat menerima pemergian beliau ini dengan hati yang tenang dan tabah.

DEMI KEBENARAN DAN KEADILAN


DR. MOHD FARID MOHD SHAHRAN
Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia 
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.