GK_TOOLS
A+ R A- wide normal
  • Skip to content
Utama
Thursday, 17 May 2012   25. Jamadil Akhir 1433
  • UTAMA
  • PROFIL
    • SEJARAH
    • VISI,MISI & BUDAYA
    • PIMPINAN
    • SEKRETARIAT ABIM
    • SUMBANGAN
    • LAGU ABIM
    • DAFTAR KEAHLIAN
  • PRODUK
  • PERKHIDMATAN
  • JARINGAN
    • ABIM NEGERI
    • AGENSI
    • JARINGAN ABIM
  • MEDIA ABIM
    • VIDEO ABIM
    • ABIM USTREAM
    • RADIO ABIM
  • FOTO GALERI
  • HUBUNGI KAMI

PRESIDEN ABIM KUNJUNGI MAAHAD UMMAH

Dr. Muhd Razak Idris, Presiden ABIM telah mengadakan lawatan kerja dua hari ke Maahad Al-Ummah dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Ummah di Chemor Perak. Beliau mempengerusikan mesyuarat kali kedua Jemaah Pengurusan Maahad Al-Ummah (JPMU) dengan membincangkan perkembangan prestasi dan fizikal sekolah. Dr. Muhd Razak turut menyampaikan amanat dan harapan dalam perhimpunan pagi mingguan kepada para pelajar Maahad Al-Ummah, diikuti dengan dialog bersama guru-guru dan lawatan ke sekitar kawasan sekolah.

Dr. Muhd Razak turut menggagaskan idea agar Maahad Al-Ummah menumpukan bidang kebitaraannya dalam melahirkan ‘kepimpinan’ umat yang berkualiti. Justeru satu bengkel dan pembentukan jawatankuasa pemikir akan diadakan dan ditubuhkan bagi membincangkan kebitaraan ini. Lawatan Dr. Muhd Razak juga dilanjutkan ke SRI Al-Ummah dengan dialog bersama guru-guru SRI. Dalam masa yang sama saudara Jufitri Joha, Exco ABIM dan saudara Shazni Abdullah , Exco PKPIM mengambil kesempatan bertemu dan menyampaikan motivasi kepada para pelajar Maahad Al-Ummah dan kepimpinan Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP).

Design By ABIM © Angkatan Belia Islam Malaysia 2012. All rights reserved.