Kenyataan Media Rasmi PEMBELA susulan keputusan Kes Azlina Jailani 30/5/2007 PDF Print E-mail
KENYATAAN MEDIA
30 MEI 2007 / 14 JAMADIL AWWAL 1428H

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mengalu-alukan keputusan penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia dengan memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T yang dengan RahmatNya mahkamah telah mencapai keputusan sedemikian. PEMBELA menyambut baik keputusan tersebut dan penuh yakin bahawa keadilan telahpun dilaksanakan oleh mahkamah yang mulia melalui keputusan tersebut.
 
PEMBELA berpandangan sedemikian kerana keputusan ini merupakan satu bentuk pengukuhan sekaligus mendaulatkan kedudukan Islam dan Mahkamah Syariah dalam sistem perlembagaan dan perundangan negara.
 
Sesungguhnya kedaulatan tersebut merupakan satu hakikat sejarah yang telah disepakati oleh rakyat negara ini dan telah dilaksanakan sejak sebelum kemerdekaan negara lagi. Bahkan kedudukan Islam dan status mahkamah syariah tetap terus diperakui 50 tahun selepas kemerdekaan. Kemampuan negara mengekalkan rekod yang baik dalam hubungan majmuk antara kaum dan kepelbagaian agama dalam konteks pembinaan negara sejak 50 tahun selepas kemerdekaan tampak menyerlahkan lagi hakikat keberkesanan formula tersebut.

Berdasarkan semangat inilah, keputusan mahkamah ini tidak harus dilihat sebagai satu kemenangan kepada orang Islam dan sebagai satu kekalahan kepada mereka bukan beragama Islam. Sebaliknya, ia harus dilihat sebagai satu bentuk penolakan yang jelas terhadap sebarang bentuk percubaan oleh individu-individu tertentu mahupun kelompok berkepentingan yang berhasrat merungkai dan secara radikal merombak formula yang sedia ada. Mereka perlu jelas bahawa formula tersebut telah dibina dan dibangunkan atas sikap penghargaan dan kefahaman yang mendalam terhadap latar belakang sejarah serta realiti sosial masyarakat Malaysia. Hakikat-hakikat inilah yang secara harmoni menggambarkan wajah kita sebagai sebuah negara bangsa.

Oleh yang demikian, PEMBELA menyeru semua pihak untuk menerima keputusan tersebut sepenuhnya dengan lapang dada. Kami juga ingin memohon kepada pihak-pihak yang mengharapkan keputusan sebaliknya dalam kes ini agar mempertimbangkan semula dan menyesuaikan pengharapan mereka sesuai dengan realiti latar masyarakat kita.

Kami ingin menegaskan bahawa keputusan ini secara jelas lebih adil dan saksama dilihat daripada konteks dan perspektif yang lebih luas dan mendalam.

PEMBELA juga berharap tiada lagi usaha-usaha untuk sepertimana dalam kes ini di masa hadapan. Sebaliknya, kami mengajak sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka teraniaya dalam konteks perlembagaan dan perundangan yang sedia ada untuk memilih pendekatan yang kurang konfrontasi, kontroversi ataupun pendekatan yang menggangu-gugat dalam menuntut perubahan dan pembaikan.

Kami juga ingin mengambil kesempatan di tengah-tengah suasana Islamophobia dilihat amat popular, agar semua agensi dan badan penguatkuasa Islam lebih berhati-hati, efisien dan professional dalam melaksanakan tugasan supaya nama baik agama Islam terpelihara daripada sebarang kesilapan ataupun kelemahan pada tahap pelaksanaan.

NGO –NGO Islam bersedia untuk tampil menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja, baik Muslim ataupun yang bukan beragama Islam sekiranya kes tersebut sememangnya layak dan wajib dibantu.

Adalah merupakan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam untuk kami bertolak ansur dengan sebarang bentuk ketidakadilan, hatta oleh seorang Islam atas nama agama Islam. Kami bagaimanapun, sebagai penganut agama Islam menegaskan keyakinan penuh kami terhadap konsep keadilan sepertimana dijelaskan dalam ajaran dan pemahaman Islam yang sebenar.



YUSRI MOHAMAD
Bagi pihak Pertubuhan-Petubuhan Pembela Islam (PEMBELA) and
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia
 
 

Alamat Perhubungan

 
Sekretariat ABIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel: 03-6188 0300
Fax: 03-6189 6700

Email
sap@abim.org.my
atau
abimhq@gmail.com

Peta Lokasi

* Perhubungan Negeri

Kalendar ABIM

<<  July 2008  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
   1  2  3
  7  8  910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Program Terkini

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
who's online