PDF Print E-mail
Kecuaian Yang Tidak Boleh Dimaafkan – Kehilangan Jet Enjin F-5
Kenyataan Media 24 Disember 2009 / 7 Muharram 1431H

Berita kehilangan dua buah enjin jet kepunyaan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) adalah peristiwa yang amat memalukan negara. Begitu juga dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Dato' Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, kehilangan bukan sahaja meliputi enjin tetapi turut melibatkan komponen lain.

Sebagaimana kita tahu bahawa pembelian jet melibatkan kos yang tinggi, bukan sahaja harganya tetapi juga penyelengaraannya. Justeru itu kelalaian pihak-pihak terbabit tidak boleh dimaafkan sama sekali. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan maruah dan mampu menggugat kedaulatan negara. ABIM menuntut satu penyiasatan yang telus, berani dan menyeluruh terhadap kes ini dibuat demi menjaga nama baik angkatan bersenjata negara.
Beberapa tahun dahulu, berpuluh senapang dilarikan oleh Kumpulan Ma’unah dan kini enjin jet yang besar pula hilang dari simpanan dari tahun 2007 lagi. Kejadian seumpama ini mampu menjatuhkan kredibiliti pasukan keselamatan di mata rakyat tempatan dan juga masyarakat dunia. Ia menggambarkan pihak yang berkenaan tidak mengambil pengajaran dan langkah yang sewajarnya.

Maka dengan itu ABIM menggesa satu tindakan yang bersungguh-sungguh bagi memastikan perkara ini tidak berulang samada meliputi prosedur, tatacara pengurusan dan juga pengawasan. Setiap anggota yang terlibat dari segenap peringkat perlu meletakkan jawatan serta merta kerana gagal memikul amanah yang diberikan dengan baik.

‘’MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN”

AMIDI ABDUL MANAN
PEMANGKU PRESIDEN
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.