Aliran ini melupakan teks-teks bahkan sengaja menolak atas alasan melihat kepada maslahah dan maqasid syariat. Mereka dikenali aliran orang yang menggugurkan nas (ta'thil al-Nusus) Mereka melawan teks-teks agama yang maksum dan menolak teks-teks tersebut tanpa peduli dan membekukan teks-teks tersebut tanpa ilmu. Atas nama maqasid syariat, mereka ingin menghapuskan seluruh fiqah dan ilmu usul fiqah serta memadai dengan maqasid syariat sahaja.
Di bawah falsafah seperti itu mereka mengubah hukum-hukum keluarga, mengharamkan talak dan poligami, membolehkan seorang muslimah untuk menikahi laki-laki bukan Islam serta menyamakan warisan harta pusaka anak lelaki dan wanita atas nama maslahah yang menjadi tujuan maqasid Syari’ah. (al-Qaradawi, 2006: 85)
Aliran ini bangga dengan diri mereka dan memandang rendah terhadap tradisi dan ulama Islam. Mereka mendewa barat dan tradisinya. Golongan ini sombong dan merasa dirinya lebih mengetahui tafsir daripada al-Tabari, Hadith daripada al-Bukhari dan Usul Fiqah daripada al-Syafi'i. Padahal, orang-orang tersebut merupakan imam dan ilmuan akal dan naqli. (Sila klik sini untuk artikel penuh)
