Sidang Parlimen Ke-12 : Ahli Parlimen Perlu Mencerminkan Aspirasi Rakyat PDF Print E-mail

Setelah berakhirnya Pilihanraya Umum ke-12 (PRU-12) pada 8 Mac 2008, parlimen Malaysia bersidang buat pertama kalinya pada 28 April hingga 27 Mei 2008. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melihat senario politik Malaysia sesuatu yang positif dalam erti kata check and balance dan sekaligus merasakan politik Malaysia menuju fasa yang lebih baik.

Sidang parlimen kali ini akan memperlihatkan kualiti dan kreadibiliti 222 wakil rakyat yang telah mendapat mandat dari rakyat untuk memikul tanggungjawab dalam menyuarakan suara sebenar kehendak rakyat. Persidangan Parlimen, ini merupakan mandat, amanah dan aspirasi rakyat seluruh warga Malaysia akan melihat personaliti sebenar setiap wakil rakyat yang telah dipilih.

Jika sebelum ini rakyat Malaysia tidak dapat mengikuti siaran langsung persidangan parlimen, kali ini pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengambil langkah proaktif dan inisiatif awal untuk menyiarkan persidangan parlimen selama setengah jam. ABIM cukup menghargai langkah awal yang diambil oleh pihak RTM ini dalam memberi informasi dan maklumat akan isu yang dibawa oleh setiap wakil rakyat di dalam parlimen kelak. Tindakan ini boleh memberi kematangan kepada rakyat menilai prestasi wakil rakyat dan isu-isu yang dibahaskan. ABIM mengesyorkan agar satu perancangan khusus diatur oleh RTM bagi mewujudkan satu saluran atau siaran khas berhubung dengan Parlimen Malaysia yang akan menyiarkan perbahasan penuh dan ulasan-ulasan secara langsung seperti yang berlaku di Parlimen Britain. Saluran tersebut dibuat secara interaktif bagi membolehkan rakyat memberi ulasan, komen dan cadangan terhadap isu-isu yang dibahaskan.

ABIM berharap sidang parlimen kali ini, wakil rakyat mampu memberi kualiti perbahasaan yang mantap dan jitu. Wakil rakyat harus mengambil kira fakta yang sebenar dan tepat dalam setiap sesi perbahasaan, sudah tentu akan memasakkan lagi isu perbahasaan dan mampu mencari kebenaran sebenar. Penggunaan bahasa yang betul dan tepat juga perlu diambil perhatian oleh setiap wakil rakyat ketika sesi perbahasaan agar mesej yang ingin disampaikan jelas, mudah difahami dan mencapai matlamat.

ABIM juga mencadangkan agar setiap wakil rakyat mempunyai hubungan baik dengan komponen “civil society” / masyarakat sivil dalam masyarakat yang terdiri daripada NGO-NGO, ilmuan, ahli akademik dan institusi komuniti akar umbi. Sehubungan dengan itu penubuhan kumpulan pemikir atau perunding yang berfungsi sebagai think-tank tersendiri dalam mengkaji sesuatu isu sebelum perbahasaan di parlimen wajar untuk diwujudkan oleh ahli parlimen.

Mengambil pertimbangan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum dan agama, adalah diharapkan agar setiap Ahli Parlimen tidak menimbulkan isu-isu yang sensitif yang kelak menimbulkan ketidak harmonian dikalangan masyarakat majmuk Malaysia ini. ABIM menyeru agar isu-isu sensitif perlulah bersandarkan kepada fakta sejarah, penyelidikan dan pandangan daripada kumpulan pakar berhubung dengan isu tersebut.

Harapan tinggi diletakkan agar sidang parlimen pada kali ini akan menampakkan kematangan dikalangan setiap wakil rakyat dan mampu menyuarakan aspirasi rakyat yang sebenar.

“Demi Kebenaran & Keadilan”

KHAIRUL ARIFIN MOHD MUNIR
SETIAUSAHA AGUNG ABIM
29 APRIL 2008 l 22 RABIUL AKHIR 1429H.

 

 
 

Alamat Perhubungan

 
Sekretariat ABIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel: 03-6188 0300
Fax: 03-6189 6700

Email
sap@abim.org.my
atau
abimhq@gmail.com

Peta Lokasi

* Perhubungan Negeri

Kalendar ABIM

<<  July 2008  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
   1  2  3
  7  8  910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Program Terkini

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
who's online