PDF Print E-mail
"Saluran televisyen ini pasti menguntungkan penduduk Islam di Malaysia"- Yusri Mohamad
Kuala Lumpur 22 Jun - Usaha mewujudkan saluran televisyen Islam disifatkan sebagai langkah tepat dan mampu memenuhi keperluan dan permintaan terhadap program berunsurkan Islam. Setiausaha Agung PPIM Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, beliau amat bersetuju dengan cadangan daripada Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam tersebut dan berharap pihak kerajaan dapat menyegerakannya. "Kerajaan perlu membantu dalam penyediaan dana yang mencukupi supaya televisyen Islam yang akan diwujudkan ini dapat bersaing dengan stesen televisyen lain.

"Kita tidak boleh mengharapkan dana daripada slot-slot iklan yang disiarkan sahaja," katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini. Pada 19 Jun, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam bersetuju wujudkan satu saluran televisyen Islam bagi menampung keperluan dan permintaan siaran program-program berbentuk kekeluargaan, sosial, budaya serta ekonomi yang mencakupi tuntutan syariat. Perkara tersebut dicapai dalam mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta dihadiri semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di pejabat Perdana Menteri.
Selain itu, Ma'amor berkata, satu tahap piawaian perlu ditetapkan jika benar-benar ingin mewujudkan televisyen Islam agar rancangan yang disiarkan nanti berasaskan kehendak syarak. "Rancangan dan penyampaian yang akan disiarkan nanti perlulah mengikut kehendak syarak dan mematuhi peraturan Islam. "Saya berharap apabila televisyen ini wujud nanti, rancangan berbentuk penyelidikan dalam Islam diperbanyakkan kerana kini rancangan berbentuk sedemikian kurang disiarkan," katanya. Tambah Ma'amor, pihaknya akan memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan pihak yang terlibat dalam usaha mewujudkan saluran televisyen Islam ini.

Dalam pada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yusri Mohammad berkata, usaha itu wajar kerana ia boleh menjadi medium berkesan menyampaikan dakwah kepada rakyat beragama Islam di Malaysia. "Alhamdulillah, saya menyambut baik usaha tersebut dan berharap ia berjaya dilaksanakan kerana saluran televisyen ini pasti menguntungkan penduduk Islam di Malaysia. "Saya berharap pengisiannya memberi ruang kepada pendakwah-pendakwah Islam menyebarkan dakwah melalui saluran tersebut," katanya.

Sementara itu, Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin berkata, pengisiannya mestilah tepat dan selari dengan tuntutan syarak supaya sesuai dengan namanya televisyen Islam. "Saya juga berharap kuliah-kuliah agama, forum dan drama berkonsepkan Islam dapat disiarkan," katanya.
 
Sumber dipetik dari: www.utusanonline.com.my
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.