PDF Print E-mail
Diminta Sedia Pelan Induk Sekolah Satu Aliran

Kuala Lumpur 31 Okt. - Kerajaan perlu menyediakan pelan induk lengkap mengenai penubuhan sekolah satu aliran bagi memastikan sistem itu tidak akan meminggirkan mana-mana identiti kaum di negara ini. Presiden Persatuan Pemuda Negara Malaysia, Stephen Doss berkata, pelan induk itu harus berupaya memaparkan sistem penyampaian pendidikan yang kondusif kepada semua peringkat warga pendidik dan pelajar tempatan. "Dari semasa ke semasa kita dengar mengenai rancangan sekolah satu aliran atau wawasan tetapi tiada pelan induk lengkap mengenai pelaksanaannya. "Saya menyokong penuh sekolah sebegini tetapi ia perlu memastikan identiti mana-mana kaum tidak terpadam dengan pelaksanaannya," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan kerajaan sedia mempertimbang pelaksanaan sekolah satu aliran sekiranya itu yang dimahukan rakyat. Namun kata beliau, cadangan itu tiada gunanya sekiranya ia ditentang sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat. Stephen menambah, pelan induk itu juga perlu menangkis hujah kumpulan minoriti seperti pejuang bahasa, budaya dan parti politik yang hanya memikirkan identiti serta kepentingan masing-masing.
Berdasarkan pemerhatian, katanya, kumpulan-kumpulan ini hanya berjuang berdasarkan sentimen tanpa penyelidikan khusus.

Presiden Youth Malaysia & Asia, Joel Neoh pula berkata, sekolah satu aliran wajar dilaksanakan di peringkat sekolah menengah kerana ia platform integrasi nasional terbaik. "Di peringkat (sekolah) rendah, sekolah vernakular masih diperlukan bagi anak-anak kecil memahami budaya dan bahasa ibunda mereka. "Tetapi di peringkat menengah, mereka perlu didedahkan dengan sistem integrasi kaum iaitu sekolah satu aliran demi masa depan Malaysia," ujarnya. Beliau menasihatkan pejuang bahasa dan budaya memikirkan masa depan generasi muda negara dengan menyokong penubuhan sekolah satu aliran di peringkat menengah.

Bagi pihak kerajaan pula, katanya, satu kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi mendapatkan pandangan rakyat terutama kumpulan muda mengenai cadangan itu. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Razak Idris pula berkata, kerajaan perlu menyegerakan pelaksanaan sekolah satu aliran memandangkan negara telah melalui zaman kemerdekaan melebihi 50 tahun. "Sekolah-sekolah vernakular sudah tidak lagi relevan kerana kita telah lama merdeka, kalau dahulu memang hubungan antara kaum sedikit goyah akibat dasar pecah dan perintah British. "Mahukah kita terus terperangkap dengan sistem pecah dan perintah ini sehingga jejaskan integrasi kaum?" tegasnya.

Justeru, kata beliau, para pemimpin politik dan kaum perlu ikhlas memandang ke hadapan bagi memastikan kemakmuran negara pada masa akan datang.

Sumber dipetik : www.utsan.com.my

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.