PDF Print E-mail
Isu Dr. Asri: ABIM seru semua pihak bertenang

Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru semua pihak agar bertenang dan membenarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjalankan tugas dalam isu penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Timbalan Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan berkata pihaknya meyakini bahawa Mohd Asri akan diadili dengan sebaik mungkin mengikut undang-undang Syariah Selangor.

"Kita seharusnya membenarkan pihak pentadbir agama seperti JAIS melaksanakan tugas dengan bebas dan amanah. "Jika sudah termaktub dalam enakmen peraturan yang sedemikian maka semua pihak hendaklah menghormatinya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ahad lalu, Mohd Asri ditahan oleh JAIS di Taman Sri Ukay, Hulu Klang kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.


Bagaimanapun, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor Isnin lalu tidak mendakwanya, sebaliknya Mohd. Asri hanya dikenakan bon jaminan JAIS sebanyak RM3,000. Menurut Amidi lagi, pertembungan beberapa aliran pemikiran umat Islam di Malaysia perlu ditangani dengan sebaik mungkin.

"ABIM mencadangkan satu majlis atau jawatankuasa meneliti perkembangan ini bagi menjaga keharmonian dan perpaduan umat. "Kita tidak mahu perbalahan ini menjadi semakin besar dan akhirnya merebak sehingga ia menjadi tidak terkawal. "Kita tidak mahu nanti umat Islam di Malaysia saling bercakaran kerana mempertahankan pandangan ulama ikutan mereka menerusi pendekatan yang sempit dan merugikan," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu surat tauliah bagi membenarkan seseorang pendakwah itu menyampaikan dakwah di Selangor, beliau berkata pandangan orang ramai perlu diambil kira mengenai kelulusan akademik. "Kita tidak mahu soal ketegasan melaksanakan peruntukan enakmen akan membuat dakwah Islam tersekat dan membeku, isu pentauliahan ini memerlukan satu perhatian yang sewajarnya.

"Di sebelah pihak lagi, tidak rugi rasanya jika menundukkan rasa hormat dengan memohon tauliah bagi memenuhi peraturan yang telah ditetapkan. "Ia bukan satu perkara yang memalukan, sebaliknya ia akan menaikkan martabat agama Islam di mata umat Islam... itulah yang seharusnya berlaku," katanya.

sumber dipetik : mstar.com

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.