PDF Print E-mail
SIS Golongan Keliru: ABIM
ustazah HazlinaShah Alam – Sekiranya Sister In Islam (SIS) ingin memartabatkan dan mempertahankan wanita Islam, banyak isu yang boleh dijuarai seperti isu wanita Islam berzina, dijadikan alat komersial dan gadis yang terlibat dalam pelacuran bukannya apa menyentuh tentang al-Quran serta isi kandungannya.

Pengerusi Jawatankuasa Advokasi Bertindak Syariah Abim (Jawab) Selangor, Hazlina Abd Razak berkata, apabila SIS perjuangkan isu feminis dan menungkai perkara itu, seolah-olah apa yang ditonjolkan Islam itu tidak baik, sedangkan dalam al-Quran itu menunjukkan Islam itu memberikan keadilan untuk semua.

Menurut beliau, dalam tradisi keilmuan, Islam mencari kebenaran bukan kesalahan. tetapi apa yang dilihat SIS dan kumpulan yang sealirannya gemar mempersoalkan apa yang telah sedia ada dalam Islam daripada mempertahankannya.

“Kita tidak mengambil cara konfrontasi, tetapi kita memang tidak bersetuju dengan apa yang diutarakan SIS terutamanya dalam dasar asas Islam maknanya mentafsirkan ayat al-Quran. Mereka adalah golongan orang yang keliru dan ‘R&D’ mereka bertolak kepada hendak mencari kesalahan orang lain bukan mencari kebenaran, berbeza dengan orang benar-benar berpegang teguh kepada ajaran Islam.

“Kita sudah tahu Islam itu benar, al-Quran itu benar. Jadi kita hendaklah menunjukkan kebenaran itu kepada orang ramai tetapi saya nampak kumpulan ini hendak menunjukkan kesilapan. Jadi kita perlu berhati hati dalam membuat penilaian, mereka berguru dengan siapa sebenarnya?,” katanya.

Beliau juga meminta SIS dan kumpulan seperti itu merujuk kepada Al-Quran itu sendiri, bukannya tafsiran-tafsiran sebab tafsiran itu datangnya dari manusia.

Demikian kenyataan beliau selepas program seminar Wacana Bicara Ummah Hapuskan Undang-Undang Syariah? (Tentangan Terhadap Ad-Deen Sebagai Cara Hidup) bertempat di Masjid Negeri, di sini semalam.
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.