PDF Print E-mail
Isu Rumah Ibadat: NGO Islam, Kristian Pahang Bersepakat

http://www.abim.org.my/images/ABIM2009/Kalimah_Allah/Muhibbah-abim%20pahang.jpgKuantan: Sebanyak 17 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan 13 NGO Kristian Pahang semalam mengadakan satu perjumpaan dalam mencari kesepakatan mengenai isu serangan ke atas rumah ibadat baru-baru ini. Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan menyifatkan perjumpaan itu sebagai positif dan satu pernyataan muhibbah akan disebarkan kepada rakyat di negeri itu. Beliau turut menyarankan supaya badan NGO lain di negara ini mengadakan perjumpaan seumpama itu.

Antara NGO menyertai perjumpaan tersebut ialah ABIM, Ikatan Muslimin Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia, Gereja Baptis Kuantan, Kuantan Chapel dan Victory Assembly. "Perjumpaan ini kerana menyedari bahawa teras perpaduan rakyat amat berkait rapat dengan keharmonian hubungan berbilang agama dalam negara dan kami menyedari bahawa setiap individu perlu memainkan peranan dalam menjamin kesejahteraan negara dan rakyat," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di sini.

http://www.abim.org.my/images/ABIM2009/Kalimah_Allah/Muhibah2.jpg
Sementara itu, wakil Paderi Kristian Kuantan, George Lau menggesa agar semua pihak menghormati kedudukan agama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. "Sebagai NGO, kami menggesa agar semua pihak menghentikan segala kekacauan yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan rakyat," katanya. Beliau berkata, pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kemusnahan masjid dan gereja mesti dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

Katanya, NGO sentiasa menyokong inisiatif dalam meningkatkan interaksi dan persefahaman antara agama.

Sumber dipetik : http://mstar.com.my

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.