|
SHAH ALAM – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam semalam bersetuju tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mahu menyiasat ibu kanak-kanak mangsa dera dan bunuh, Syafia Humairah Sahari. Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, arahan yang dikeluarkan Pengarah Jais, Datuk Mohamad Khusrin Munawi adalah mengikut peruntukan undang-undang.
“Jais mempunyai hak untuk menjalankan siasatan ke atas Siti Nurhanim kerana disyaki bersekedudukan dengan teman lelakinya, sedangkan dia masih belum bercerai,” katanya. Menurutnya, Islam mengharamkan umatnya bersekedudukan dan mempunyai hasil hubu- ngan perkahwinan yang tidak sah. Beliau juga berharap kejadian yang berlaku kepada Syafia Humairah dijadikan iktibar.
Syafia mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya dekat kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, malam Khamis lalu. Kanak-kanak berusia tiga tahun itu adalah anak kedua hasil perkahwinan Nurhanim, 25 dan Sahari Usol, 33, yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana disy:aki terbabit dengan kesalahan jenayah. |