ABIM Beri Perhatian Bantu Golongan Wanita Orang Asli PDF Print E-mail

Sumber: Sinar Harian, 14 Januari 2008

BATU 12, Gombak - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan memberikan lebih perhatian dalam bentuk kelas agama dan bacaan kepada golongan wanita Orang Asli, yang masih bersifat pemalu.

Yang Dipertuanya, Shirajuddin Sirat berkata, sebelum ini ABIM memberikan tumpuan yang lebih kepada golongan rema¬ja dan belia masyarakat itu menerusi kelas fardhu Ain pada setiap Ahad.

"Kami membantu mereka dengan mengadakan kelas-kelas agama dan bacaan yang sememang diperlukan oleh mereka."

"Kita mahu semua pihak bersepadu termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya masyarakat ini tidak dipinggirkan dan terus mendapat pendidikan setaraf dengan masyarakat lain," ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, golongan wanita Orang Asli masih bersifat pemalu walaupun untuk menyuara sesuatu yang penting.

Beliau menyedari perkara itu ketika bersama-sama mereka pada majlis sukaneka dan hari keluarga sempena Maal Hijrah 1429 di Perkampungan Orang Asli Bukit Kala baru-baru ini.

"Mereka sebenarnya pemalu untuk menyatakan kepada sesuatu pihak dalam memberikan penekanan terhadap aspek pendidikan anak-anak mereka.

"Kebanyakan kaum wanita Orang Asli ini terdiri daripada suri rumah dan kurangnya pendedahan dalam memberikan pendidikan yang sesuai untuk anak mereka," katanya.

 
 

Alamat Perhubungan

 
Sekretariat ABIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel: 03-6188 0300
Fax: 03-6189 6700

Email
sap@abim.org.my
atau
abimhq@gmail.com

Peta Lokasi

* Perhubungan Negeri

Kalendar ABIM

<<  July 2008  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
   1  2  3
  7  8  910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Program Terkini

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
who's online