|
Gabungan Pemuafakatan Profesional Muslim dan Allied Coordination Muslim NGO's (ACCIN), telah mengadakan pertemuan dengan YB Dato Seri Dr. Zahid Hamidi di Dewan Syura Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pertemuan tersebut bersifat interaksi dua hala antara NGO-NGO Islam dan YB Menteri bagi membincangkan isu-isu terkini berhubung dengan perkembangan Islam di Malaysia. Gabungan Pemuafakatan Profesional Muslim dan Allied Coordination Muslim NGO's (ACCIN), telah mengadakan pertemuan dengan YB Dato Seri Dr. Zahid Hamidi di Dewan Syura Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pertemuan tersebut bersifat interaksi dua hala antara NGO Islam dan YB Menteri.
YB Menteri memaklumkan komitmen beliau untuk memberi penumpuan untuk meneliti isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan umat. Beliau juga mengharapkan agar isu-isu berkaitan dapat drundingkan secara muafakat diantara pelbagai pihak merentas faktor-faktor kelompok organisasi, politik dan sebagainya. Justeru bagi beliau perbincangan seumpama ini amat perlu diadakan secara berkala agar isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam dapat dibincangkan secara konsisten dalam majlis seumpama ini tanpa berdebat dikahalayak yang akhirnya menimbulkan persepsi negatif kepada Islam.Oleh yang demikian beliau berharap penubuhan Gabungan Permuafakatan Profesionalisme Muslim dapat direalisasikan bagi memberdayakan NGO-NGO Islam agar lebih profesional.
Khairul Arifin Mohd Munir Setiausaha Agung ABIM / Secretary General |