|
Pada 13 Februari yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerusi biro undang-undang, telah mengadakan pertemuan membabitkan wakil Peguam Pembela Islam, Saudara Abdul Rahim Sinwan, Naib Presiden Antarabangsa ABIM merangkap pengerusi Dewan Pembela ABIM,Saudara Azril Mohd Amin, Exco Undang-undang ABIM, Saudara Jufitri Joha, serta beberapa orang peguam. Sepanjang pertemuan ini, mereka yang hadir telah sama-sama berbincang serta berkongsi pengalaman berkenaan dengan isu-isu semasa seperti murtad, penggunaan kalimah Allah, serta beberapa isu muktahir berkaitan dengan perundangan syariah serta kedudukan Islam dalam konteks perlembagaan di negara ini. Kesimpulannya, mereka yang hadir telah memutuskan untuk membentuk barisan peguam muda pembela Islam untuk menangani isu-isu berkenaan dalam pelbagai kapasiti.
*Barisan Peguam Muda Pembela Islam mengalu-ngalukan penyertaan dikalangan barisan para peguam muda Islam. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
atau sila hubungi 016-2124700 (Jufitri Joha).
|