|
||||
| Multaqa’ Staf ABIM Dan Agensi |
|
Pada 7 Mac yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan majlis multaqa’ membabitkan staf sepenuh masa ABIM serta agensi-agensi berkaitan seperti Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI), Yayasan Takmir Pendidikan, Islamic Outreach ABIM, Hospital Al-Islam, serta Kolej Darul Hikmah.
Multaqa’ ini diadakan untuk menghargai jasa-jasa staf sepenuh masa ABIM serta agensi-agensi yang telah mencurahkan segala keringat, idea serta masa untuk memastikan usaha dakwah ABIM di setiap lapangan kehidupan dapat dijalankan dengan lancar, di samping memperbaharui tekad serta menyegarkan kembali visi dan misi untuk membangun Khayra Ummah melalui pembacaan deklarasi-deklarasi oleh wakil-wakil agensi, serta majlis bacaan ikrar oleh Pemangku Setiausaha Agung ABIM, Dr Amran Muhammad. Multaqa’ ini diserikan lagi dengan persembahan multimedia aktiviti-aktiviti agensi ABIM sepanjang tahun 2008 yang lalu, persembahan nasyid, serta perlancaran buku “Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke pangkuan orang Islam,”. Sempena dengan Multaqa’ ini, Tuan Haji Yusri Mohamad telah berkongsi amanat serta buah fikirannya dakam ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul pada hari yang sama. |




