
Pada 22 hb Jun baru-baru ini, pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Majlis Agama Islam Selangor
(MAIS). Rombongan ABIM diketuai oleh Saudara Presiden,
Tuan Hj Yusri Bin Muhamad bersama dengan saf qiadahnya, Naib Presiden, Tn.
Hj. Azril Amin, Sdr.
Raimi Abd Rahim, Penolong setiausaha Agung dan Sdr
Jufitri Joha, exco ABIM Pusat dan 2 orang staf ABIM Pusat. ABIM Selangor telah diwakili oleh Yang Dipertuanya, Tn
Hj Mohd. Zawawi Ahmad Mughni. Kehadiran rombongan ABIM telah disambut dengan baik oleh Pengerusi MAIS,
Dato' Setia Hj Muhamad Adzib Bin Mohd Isa bersama 12 orang pegawai.
Tujuan kunjungan ini ialah untuk menjalin hubungan kerjasama di antara NGO Islam dengan Institusi Islam khususnya di negeri Selangor selain menyampaikan jemputan menghadiri
Seminar Tajdid Generasi dan Gerakan DakwahMuktamar Sanawi ABIM sempena yang akan berlangsung di Unisel, Shah Alam, kepada pihak pengurusan tertinggi
MAIS serta seluruh warga kerjanya.