PDF Print E-mail
ABIM Latih Sukarelawan Muda

ABIM Pahang Oleh: Mahadi Deraman
Setiausaha ABIM Negeri Pahang

Kuantan, 14 Disember 09: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang serta Kelab Fasilitator Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM Facilitator Team) Kampus Kuantan, telah menganjurkan program Kem Bina Insan (Summer Camp 2009) yang telah berlangsung di Amansari Beach Resort, Pantai Sepat, Kuantan. Program tiga hari dua malam ini melibatkan penyertaan di kalangan para pelajar sekolah menengah tingkatan dua hingga empat daripada sekolah-sekolah menengah sekitar Daerah Kuantan.

Sepanjang program ini, para peserta didedahkan dengan semangat jati diri dalam diri pelajar dan juga memberi penekanan kepada pelajar tentang kepentingan agama dalam membentuk personaliti diri. Di samping itu, menerusi kem ini juga perasaan prihatin, tanggungjawab dan kesukarelawanan di kalangan para peserta terhadap masyarakat sekitarnya dapat diterapkan di kalangan para peserta dan menggalakkan mereka untuk  terlibat dengan masyarakat.


Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam program ini ialah klinik solat dan pengurusan jenazah, praktikal sembelihan, malam kesenian Islam dan kembara jalanan. Rata-rata para peserta berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan kerana mereka mendapat  pengalaman yang baru terutama sekali dengan aktiviti praktikal sembelihan serta aktiviti ‘survivor’ dan ‘explorace’, yang dikelolakan oleh penganjur.  Majlis penutup telah dirasmikan En. Mohammad b. Embong, Penolong Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.

 

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.