PDF Print E-mail
Sukarelawan Muda ABIM Ke Padang
LCCTOleh:Mohd Halimi Abdul Hamid

Seramai 12 orang telah selamat berlepas dari LCCT ke Padang, Sumatera Barat untuk Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka (XPDC HAMKA) dan misi bantuan kemanusiaan ke Maninjau, Sumatera Barat di samping mengkaji sejarah hidup serta sumbangan Buya Hamka serta mengadakan Khidmat Sosio-Pendidikan kepada pelajar Pesantran Buya Hamka dan masyarakat di sekitarnya. Selain daripada itu, XPDC ini juga bertujuan untuk membentuk sukarelawan muda yang bakal melakukan anjakan paradigma serta mendedahkan mereka dengan isu-isu serantau dan global dalam proses penjanaan minda yang positif dan cemerlang. Program di terajui oleh GPTD UNISEL dengan kerjasama WADAH, ABIM, PKPIM dan GPM serta Pesantren Buya Hamka dan DDII di Indonesia.

Rombongan 12 orang diketuai oleh Izwan Suhadak Ishak, Pembantu Pensyarah di UNISEL yang juga Penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia Universiti Industri Selangor (GPTD UNISEL). Turut serta ialah 7 orang pelajar UNISEL, 2 pelajar dari Sunway University College dan 2 orang aktivis PKPIM. Sebelum pergi mereka telah mengadakan induksi 7 hari bagi membina kumpulan dan memperincikan persiapan untuk ke sana. 4 hari berkampung di Sekretariat PKPIM di Gombak dan 4 hari lagi di Kompleks Dar al Hikmah, Sg Ramal Dalam.

PadangMereka selamat tiba di Padang jam 8 pagi waktu tempatan Selasa 29 Disember 2009 dan disambut oleh wakil DDII. Rombongan meneruskan perjalanan ke Sg Limau, Pariaman untuk melihat kesan dan akibat gempa yang berlaku pada 30 September lalu. Di sana mereka bertemu dengan aktivis Pelajar Islam Indonesia (PII). Sebelah petang kembali ke Padang dan malamnya mengadakan dialog dengan aktivis pelajar di Islamic Centre dan Yayasan Amal Saleh, Padang. Hari ini, Rabu 30 Disember mereka di jangka akan membuat lawatan sekitar bandar Padang sebelum meneruskan perjalanan ke Maninjau.
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.