PDF Print E-mail
Melanjutkan Risalah Rabbani Ke Kampung Orang Asli Ulu Slim
Ulu SLimOleh Noraliza Effendy

Seramai 35 orang sukarelawan termasuk pelajar perubatan Universitas Sumatera Utara telah menyertai program Sinar Rabani bersama dengan masyarakat Orang Asli di Ulu Slim. Program bermula dari 15 sehingga 17 Januari 2010 yang lalu, dianjurkan oleh Biro Kesihatan serta Skuad Prihatin ABIM, dengan kerjasama dibantu ABIM Selangor dan Hospital Pakar Al-Islam telah menjalankan.Program di Perkampungan Orang Asli di Ulu Slim, Slim River, Perak Darul Ridzuan.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan kesihatan yang diketuai oleh Dr. Sharizal Azwan bin Samsuddin, yang juga merupakan Setiausaha Biro Kesihatan ABIM. Hampir 120 orang  penduduk terdiri daripada  4 buah kampong iaitu Kg. Pos Bersih Fasa 1 , Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4, telah menerima rawatan sepanjang program tersebut,yang mana, Dato' Dr. Haji Abdul Razak bin Hj. Kechik dari Yayasan Khalifah, turut diundang untuk memberi pengisian rohani kepada para sukarelawan.

Ulu SlimSeperti tradisi sebelumnya, rombongan akan bersama-sama menyediakan "Chak Rayak" yang bermaksud makan besar untuk dijamu oleh penduduk kampung Bersih. Pada hari terakhir makanan telah diagihkan ke kampung-kampung berdekatan.Bagi kanak-kanak pula, sukaneka telah diadakan pada petang hari Sabtu yang melibatkan  seramai 60 orang kanak-kanak berumur 9-12 tahun.Turut diselitkan tips-tips menjaga kebersihan seperti memberus gigi dan membasuh tangan.

Program diadakan adalah untuk menyedarkan kepentingan menjaga kesihatan selain daripada melihat keperluan penduduk yang rata-rata berada di bawah paras kemiskinan, serta hanya bergantung kepada hasil hutan seperti petai dan rotan tidak mampu untuk menampung keperluan keluarga yang semakin meningkat. Besar harapannya agar langkah pertama ini, dapat membuka jalan untuk ABIM melanjutkan risalah nubuwwah kepada masyarakat Orang Asli di Ulu Slim.
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.