|
||||
| ABIM Terap Pendekatan Baru Latih Sukarelawan Muda Dakwah |
|
Seramai 84 orang peserta telah menyerlai program latihan sukarelawan muda, di Johor Bahru dari 6 sehingga 7 Februari yang lalu. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Belia Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama ABIM Negeri Johor, bertempat di Kompleks Mustika Embun, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Menurut Ketua Biro Penataran ABIM, Saudara Abdul Razak Aripin berpendapat, secara keseluruhannya para peserta dapat mengikuti segala pengisian yang telah diberikan dengan baik di samping bersemangat untuk mengikuti program-program susulan yang sedang dirangka kelak. ''Keadaan ini dibantu dengan penerapan modul latihan baru yang diperkenalkan pada program itu," tambahnya yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri Johor. Dalam pada itu, Setiausaha ABIM Negeri Johor, Saudara Mohamad Sallehuddin Ahmat Miskam menjelaskan, modul yang sama akan diterapkan dalam program-program akan datang.’’Alhamdulillah, berdasarkan pendekatan yang diamalkan ini, kesedaran di kalangan para peserta telah meningkat. Diharapkan kesedaran ini dapat dikekalkan kelak dalam program-program akan datang,’’ jelasnya lagi. |




