PDF Print E-mail
Tambah Cuti Bersalin Tak Jejas Prestasi Kerja- Fadhlina Siddiq

Sudah tiba masanya, kerajaan bertindak meminda Akta Pekerjaan 1955 yang diguna pakai sekarang, untuk membolehkan wanita terbabit memberi tumpuan sepenuhnya terhadap bayi termasuk memberi penyusuan eksklusif, selain memastikan kesihatan ibu benar-benar pulih sebelum memulakan tugas.

Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Abim, Fadhlina Sidek, menjelaskan penambahan tempoh cuti bersalin tidak akan menjejaskan mutu kerja dan ini sudah dibuktikan oleh beberapa negara Asean yang memberikan tempoh cuti bersalin lebih lama kepada kakitangannya.

"Ibu baru bersalin perlukan rehat secukupnya selepas melalui satu fasa yang agak memenatkan dan mungkin tempoh cuti lebih lama ini juga akan memudahkan mereka menyusukan bayi untuk tempoh yang lebih lama berbanding sekarang hanya dua bulan," katanya.

 

Ahli Majlis Penasihat Wanita Negara, Dr Rokiah Talib berkata, pihaknya melihat cadangan itu suatu yang positif kepada kaum wanita tetapi pada masa sama apa yang membimbangkan adalah keberkesanan proses pelaksanaannya.
"Polisi ini memang bagus tetapi adakah ia akan sama seperti yang dirancangkan. Itu yang kita bimbangkan sekarang ini. Bagi kita, cadangan ini amat bertepatan dengan keperluan semasa di mana ramai wanita berkerjaya dan pada masa yang sama menjadi seorang ibu.

"Justeru, dia perlu menguruskan masa antara keluarga dan kerjaya sebaik mungkin. Disebabkan masalah ini ramai di kalangan wanita ini terpaksa berhenti kerja untuk menguruskan rumah tangga dan mungkin sekiranya mereka terus bekerja tanpa rehat yang cukup produktiviti mereka sebagai pekerja akan menurun," katanya. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman berkata, pihaknya pernah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan beberapa tahun lalu berhubung tempoh cuti bersalin 60 hari kepada 90 hari.

"Sehingga kini kita masih belum menerima sebarang maklum balas. Bagaimanapun, kita tidak berputus asa dan berharap tahun ini akan memberikan sesuatu yang positif kepada kakitangan awam.

Dipetik dari Berita Harian, 18 Februari 2010.

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.