
12 April 2012, Gombak, Selangor:- ABIM telah menganjurkan PROTIN (Projek Prihatin) di daerah Gombak. PROTIN merupakan program yang digerakkan di bawah Agenda Sosial untuk meringankan beban mereka yang memerlukan. Program ini merupakan antara rangkaian awal projek pembangunan ABIM yang dijangka akan digerakkan ke seluruh negara. PROTIN kali ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Penghulu serta Ketua Kampung Mukim Batu di samping ABIM Cawangan Daerah Gombak.


Menurut Yang Di Pertua ABIM Cawangan Daerah Gombak, Zamani Mohd Kharulani, para penerima bantuan PROTIN akan dibiayai perbelanjaan membeli belah barang-barang keperluan asas. Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan itu ialah Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim.
Menurut Puan Maria Kamel, Exco Pembangunan Sosial ABIM, PROTIN merupakan kesinambungan rangkaian program di bawah Agenda Sosial yang merangkumi BISS (Bengkel Isu Sosial Semasa), PRIMA (Program Imarah Masjid), PKS (Program Komuniti Setempat) serta Skuad Sukarelawan Active-S. "Pihak ABIM amat mengalu-alukan sumbangan serta kerjasama dari pelbagai pihak untuk sama-sama menjayakan program yang dirancangkan," sambil menambah program-program seperti PROTIN telah mula digerakkan di Selangor.

