PDF Print E-mail
Skuad Prihatin Bantu Masyarakat Fahami Asas Penjagaan Kesihatan

Skuad Prihatin dan Biro Kesihatan ABIM telah berkerjasama dalam menjayakan program Dakwah Bil Hal yang telah dianjurkan oleh  Urusetia Saudara Kita (USK) Sarawak  dan Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia ( PEKDIS). Program ini telah dilangsungkan dari 14 hingga 16 Mei 2010 di Perkampungan Sawai di Daerah Kecil Daro, Sibu, Sarawak.

Objektif ekpedisi ini adalah untuk membantu masyarakat saudara baru dalam  memahami dan mengamalkan cara hidup Islam, dan juga memperkenalkan keindahan Islam terutama sekali kepada masyarakat bukan Islam. Perjalanan bermula seawal 6 pagi, Seramai 40 orang telah berkumpul di Perkarangan Pusat Penerangan Islam (IIC) Kuching untuk bertolak ke Sibu.Setelah 8 jam perjalanan menaiki bas, 30 minit menaiki Hilux dan 15 minit menaiki perahu, kami tiba di Kg. Sawai pada jam 5 petang disambut penduduk kampung. Mohd Shakir Fahmi dan Noraliza Effendy mewakili Skuad Prihatin ABIM manakala Dr. Siti Sulhoon dan Dr. Zafri Ismail mewakili Biro Kesihatan ABIM. Jumlah penduduk adalah seramai 500 orang Penduduk islam adalah golongan minoriti, hanya 13 keluarga iaitu lebih kurang 100 orang. 200 orang beragama Kristian dan baki seramai 200 menganuti agama selain Islam dan Kristian.

Sepanjang program 3 hari 2 malam, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya klinik perubatan moden dan Islam,ceramah agama,ceramah motivasi kepada murid-murid tahun 1 hingga 6, sukaneka,program ziarah, bengkel penyembelihan, pemberian sumbangan kepada penduduk kampung. Klinik Amal ABIM telah dibuka di Pusat Sumber Sk. Kg. Sawai. Seramai 150 orang penduduk kampung telah hadir untuk pemeriksaan kesihatan.  Ada seorang Pesakit yang terpaksa di hantar ke Hospital Sibu disebabkan tekanan darah tinggi yang membahayakan kesihatan. Rata-rata penduduk kampung tidak pernah membuat pemeriksaan kesihatan.Kurangnya ilmu tentang penjagaan kesihatan menyebabkan keadaan kesihatan diri dan keluarga mereka. Ketika meninggalkan Kg Sawai, penduduk kampung sangat terharu dengan keprihatin dan sumbangan yang diberi dalam meringankan beban mereka.
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.