GK_TOOLS
A+ R A- wide normal
  • Skip to content
Utama
Thursday, 17 May 2012   25. Jamadil Akhir 1433
  • UTAMA
  • PROFIL
    • SEJARAH
    • VISI,MISI & BUDAYA
    • PIMPINAN
    • SEKRETARIAT ABIM
    • SUMBANGAN
    • LAGU ABIM
    • DAFTAR KEAHLIAN
  • PRODUK
  • PERKHIDMATAN
  • JARINGAN
    • ABIM NEGERI
    • AGENSI
    • JARINGAN ABIM
  • MEDIA ABIM
    • VIDEO ABIM
    • ABIM USTREAM
    • RADIO ABIM
  • FOTO GALERI
  • HUBUNGI KAMI

Perdebatan Kontemporari Mengenai Kesetaraan Gender: Islamis Versus Feminis Muslim Siri 1.

Islam seringkali dikaitkan dengan diskriminasi terhadap wanita. Imej penindasan terhadap kaum Hawa ini diperkuat lagi dengan apa yang berlaku di sebahagian negara yang membawa nama Islam. Adanya larangan mufti Mesir pada tahun 50an bahawa kaum wanita tidak dibenarkan berpartisipasi dalam segala bentuk aktiviti umum dan membataskan diri dengan aktiviti dalam rumah (domestic) sahaja[i]; pemerintahan Taliban yang suatu ketika telah menafikan hak pendidikan bagi wanita; terdapatnya hak wali untuk memaksa anak perempuannya berkahwin dengan orang yang tidak dikenalinya di Pakistan; merupakan sebahagian daripada contoh dan senario yang menguatkan lagi imej diskriminasi tersebut. Semua ini menimbulkan persoalan yang sangat kontroversi...

Pada zahirnya umat Islam berhadapan dengan dua pilihan yang bertentangan (two opposing ends) iaitu antara konservatisme dan liberalisme. Akan tetapi pada hakikatnya dalam tradisi Islam terdapat alternatif ketiga iaitu jalan tengah atau al-wasatiyyah, meminjam istilah yang digunakan oleh al-Qaradawi.[i] Jalan tengah yang dimaksudkan di sini bukanlah Islam moderat yang satu ketika dahulu pernah dikemukakan oleh Gusdur alias Abdur Rahman Wahid.

Golongan Islamis adalah golongan yang mengambil pendekatan yang sederhana dan seimbang antara dua pendekatan yang bertentangan, iaitu konservatif dan liberal. Apa yang dikesalkan adalah golongan liberal dan feminis seolah-olah tidak menghiraukan kewujudan golongan ini, dan mereka menganggap semua ulama’ adalah konservatif. Anggapan ini sebenarnya tidak berasas sama sekali.  Oleh itu kertas kerja ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada umum adanya pendekatan sederhana yang telah menjawab segala permasalahan yang ditimbulkan oleh golongan feminis Muslim. Kritikan dari sudut metodologis dan epistemologis akan dilakukan untuk menguji kekuatan argumentasi feminisme Islam.

Jalan Tengah: Golongan Islamis

Dalam banyak perkara khilafiyyah, golongan sederhana[ii] mengambil pendekatan pertengahan di antara konservatif dan liberal/feminis. Sebagai contoh, ketika Islam menetapkan kewajipan hijab[iii], (bertudung, the veil) terdapat perbezaan pandangan di kalangan ulama’ sama ada wajah dan tapak tangan termasuk aurat wanita. Golongan Islamis ini kemudian memilih pendapat yang membenarkan wajah dan pergelangan tangan terdedah, kerana disokong oleh dalil yang kuat dan pendapat majoriti ulama’. Sementara golongan konservatif pula memilih hukum yang lebih ketat untuk berhati-hati,[iv] dan ini tidak disanggah oleh golongan sederhana. Yang jelas, perbezaan pendapat ini memberikan kelonggaran kepada wanita untuk memilih salah satu pendapat yang dianggap betul.

Dalam banyak perkara, pendekatan konservatif adalah bersifat protektif bahkan terkadang dikatakan ‘over protective’, hinggakan sebahagian ulama’-ulama’ Afghanistan ketika zaman pemerintahan Taliban tidak membenarkan kaum wanita mendapatkan haknya dalam pendidikan atas dasar peranan kaum wanita hanya terbatas di dalam rumah. Sedangkan bagi golongan sederhana, pendidikan bukan sahaja merupakan hak, akan tetapi ia adalah kewajipan bagi setiap Muslim tanpa melihat kepada jantina. Oleh itu pendapat seperti di atas hanyalah berdasarkan ijtihad subjektif ulama’ kerana baik nas al-Qur’an mahupun Hadis sama sekali tidak memberikan justifikasi.

Demikian juga dalam permasalahan yang berkaitan dengan kepimpinan wanita. Kaum konservatif berpendapat bahawa kepimpinan awam (termasuk menjadi hakim dan menteri) adalah khusus untuk kaum lelaki. Manakala golongan Islamis mengambil pendekatan yang sederhana dengan pandangan bahawa wanita layak memegang kepimpinan awam (wilayah ‘ammah). Namun, khusus untuk kepimpinan tertinggi di dalam sesebuah negara Islam (khilafah dan Imamah) golongan Islamis tetap berpegang kepada hadis Abu Bakrah yang melarang wanita menjadi pemimpin tertinggi sesebuah negara Islam.[v] Walaubagaimanapun dalam kepimpinan awam selainnya, sekiranya seseorang wanita memiliki kemampuan dan memenuhi syarat-syaratnya maka tiada halangan sama sekali untuknya menjadi pemimpin, samada daripada teks al-Qur’an mahupun al-Sunnah.


Bersambung.............


Oleh Khalif Muammar & Adibah Mukhtar

Design By ABIM © Angkatan Belia Islam Malaysia 2012. All rights reserved.