Penyerahan Sumbangan Makanan kepada golongan minoriti masyarakat pelarian yang tinggal Malaysia telah diadakan di Islamic Outreach ABIM, Ampang.
Sehingga jam 2:00 petang tadi seramai 130 penerima telah menerima bantuan tersebut. Penerima bantuan rata-rata adalah dari kalangan masyarakat Rohingya, Myanmar, Bangladesh dan lain-lain.
Sumbangan berbentuk makanan asasi; beras dan makanan tambahan lainnya telah disumbangkan oleh penyumbang-penyumbang yang prihatin dengan kehidupan masyarakat tersebut selain mengamalkan budaya bersedeqah dalam bulan Ramadhan. Sebahagian dari beras turut disumbangkan oleh penyumbang bersempena dengan kempen Seorang Sekampit Beras yang telah dilancarkan oleh ABIM baru-baru ini.
Sebahagian dari sumbangan disampaikan oleh Ketua Biro Pembangunan Sosial, Maria Kamel.
Pemberian sumbangan masih dan akan diteruskan pada hari Jumaat akan datang.