Memorandum Bantahan Kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia PDF Print E-mail
Image GABUNGAN RAKYAT MALAYSIA MENENTANG F.T.A

18hb September 2006

Kepada,
DATUK SERI RAFIDAH AZIZ
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

HENTIKAN PERUNDINGAN PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FREE TRADE AGREEMENT) (F.T.A) DENGAN AMERIKA SYARIKAT!

Kami, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Parti-parti Politik, Kesatuan-kesatuan Sekerja dan pelbagai pertubuhan kemasyarakatan yang menandatangani Memorandum ini khuatir dan terancam terhadap cara perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat sedang dirunding oleh Yang Berhormat dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Berdasarkan kenyataan akhbar tempatan, perjanjian antara Malaysia dan Amerika Syarikat mengenai Perjanjian ’’Free Trade Agreement’’ (FTA) yang bermula di Pulau Pinang pada Jun 2006 yang lalu, akan berterusan dengan pusingan ketiga pada 18 September 2006v dan dijangka mencapai suatu persetujuan sebelum hujung tahun ini.
Kami berasa bimbang kerana rombongan perundingan dari Amerika Syarikat (AS) adalah jauh lebih bersedia berbanding rombongan Malaysia kerana AS telah menjalankan perundingan dengan beberapa negara lain termasuk Mexico, Canada, Chile, Singapore, Thailand, Africa Selatan dan lain.

Sepanjang pengetahuan kami, sampai sekarang kerajaan Malaysia belum menjalankan suatu analisa terperinci terhadap kebaikan dan keburukan terma-terma FTA untuk tiap sektor ekonomi Malaysia.

Persetujuan FTA yang sedang dibincang dengan AS jauh lebih luas daripada perjanjian terhadap perdagangan barangan antara kita dan AS. Perjanjian-perjanjian yang dikandungi dalam FTA dengan Amerika Starikat juga meliputi

1.Penglibatan syarikat AS dalam sektor perkhidmatan Malaysia;
2.Hak/Kebebasan pelabur AS;
3.Hak harta intelek.
4.Cara barangan dan perkhidmatan dibeli oleh kerajaan Malaysia.

Jadi, persetujuan FTA dengan AS akan meliputi hampir segala aspek ekonomi
negara kita. Malangnya, sampai sekarang kami, rakyat Malaysia belum
diberitahu apakah yang sedang dirunding. Semuanya dirahsiakan!

Perkara-Perkara yang harus diberitahu kepada rakyat Malaysia:-


A. Petani kita akan terjejas oleh persetujuan FTA! 1.8 juta petani Mexico kehilangan kerja selepas perjanjian FTA AS-Mexico kerana harga jagung lebih murah dari AS telah membanjiri pasaran Mexico. Petani AS dapat menjual jagung dengan harga yang lebih rendah kerana petani di AS menerim subsidi pertanian tinggi daripada kerajaan AS. Isu subsidi pertanian tidak diliputi oleh FTA! Malaysia mempunyai 296,000 petani yang menanam padi. Harga jualan beras AS adalah lebih rendah daripada beras tempatan (oleh kerana subsidi pertanian di AS). Apakah nasib pesawah padi kita sekiranya FTA Malaysia-AS dipersetujui?

B. Harga ubat akan naik! Di bawah FTA dengan AS, tempoh ""patent"" untuk ubat akan dilanjutkan, dan kelonggaran untuk mengimport ubat buatan "generic"" ang jauh lebih murah akan diketatkan. Oleh itu, kos ubat untuk beberapa penyakit telah melambung 10 hingga 50 kali ganda di negara-negara yang terpaksa mematuhi syarat-syarat pemilik harta intelek yang dikandungi dalam FTA dengan AS. Adakah kerajaan Malaysia melakukan kajian terhadap inflasi kos rawatan untuk penyakit-penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah
tinggi, AIDS, dan lain-lain? Apakah cadangan kerajaan Malaysia menangani
kenaikan kos rawatan akibat perjanjian FTA?

C. Perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat memberi status istimewa pada syarikat-syarikat AS! FTA AS dengan negara-negara lain mengandungi syarat bahawa 1. Pelabur AS mesti diberikan layanan yang sekurang-kurangnya setaraf dengan pelabur Malaysia. 2. Kerajaan negara ketiga harus membayar ganti rugi pada pelabur AS jika polisi kerajaan itu mengurangkan pendapatan pelabur AS
itu Kami difahamkan bahawa sebuah syarikat minyak AS telah menghadapkan
kerajaan Kanada ke Mahkamah apabila kerajaan Kanada cuba mengharamkan
sejenis petrol yang boleh menyebabkan masalah kesihatan. Ekoran itu,
jenis petrol yang telah diharamkan di AS masih dijual di Kanada kerana
hak syarikat AS diperagungkan dalam perjanjian FTA AS-Kanada. Jika negara
maju seperti Kanada boleh dibuli oleh syarikat AS, apa lagi Malaysia?

D. FTA AS-Malaysia ini memberi kelonggaran bagi syarikat AS untuk menguasai kemudahan asas seperti air, hospital, jalanraya, pembekalan elektrik dan lain-lain! Syarat-syarat berkaitan hak pelabur seperti yang terdapat dalam FTA AS
dengan negara-negara lain akan memberi syarikat AS hak penuh untuk menguasai segala kemudahan asas negara kita. Adakah ini suatu perkembangan yang diingini oleh MITI dan Datuk Seri Rafidah?

E.Rakyat Hilang Pekerjaan FTA membawa masuk modal besar AS menyebarkan
industri tempatan terjejas sekaligus membawa dampak terhadap pekerja termasuk hilang pekerjaan !


Hak Rakyat Malaysia Kami, rakyat Malaysia mempunyai hak mengetahui apakah
cadangan yang disyorkan oleh pihak perunding AS. Kami juga mahu diberi kesempatan meneliti dan membincang syor dan permintaan pihak AS supaya kami dapat memberi pandangan dan maklum balas kami. Kami tidak mahu suatu
perjanjian terburu-buru dipaksa ke atas negara kami kerana pihak AS mahu mencapai tarikh muktamad buatan sendiri. Datuk, nenek serta ibu bapa kami telah berkorban untuk kemerdekaan negara ini. Janganlah menggadai kedaulatan negara kita dengan menyerahkan terlalu banyak hak ekonomi ke syarikat asing yang hanya mementingkan keuntungannya. FTA AS dengan negara lain menyekat kuasa kerajaan negara ketiga untuk menegur dan mengawal kegiatan syarikat asing. Berikan peluang bagi rakyat Malaysia untuk berbincang dan memutuskan sama ada kami mahu memberi syarikat asing hak dan kuasa yang begitu luas.

Tuntutan Rakyat Malaysia adalah untuk segera MENGHENTIKAN PERUNDINGAN PERJANJIAN FTA sehingga kerajaan Malaysia :-

- Melaksanakan kajian terperinci terhadap kebaikan dan keburukan perjanjian FTA bagi setiap sektor ekonomi dan lapisan rakyat Malaysia.

-Memberitahu orang ramai hasil kajian tersebut dan memberi kesempatan untuk rakyat mengemukakan pandangan dan maklum balas.

-Sehingga kedua-dua tuntutan di atas dapat ditunaikan, hentikan semua perundingan FTA dengan Amerika Syarikat.



*Pihak Angkatan Belia islam Malaysia (ABIM) menyokong sepenuhnya memorandum tersebut di atas dan mengajak seluruh rakyat Malaysia bersama-sama memahami dan melibatkan diri di dalam isu yang mempunyai kesan langsung terhadap keadaan sosio-ekonomi rakyat dan kedaulatan Negara kita.
 
 

Alamat Perhubungan

 
Sekretariat ABIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel: 03-6188 0300
Fax: 03-6189 6700

Email
sap@abim.org.my
atau
abimhq@gmail.com

Peta Lokasi

* Perhubungan Negeri

Kalendar ABIM

<<  July 2008  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
   1  2  3
  7  8  910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Program Terkini

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
who's online